BUNKFACE Bakal Adakan Konsert Sambutan Ulang Tahun Satu Dekad

BUNKFACE masih berdiri kukuh dalam satu kumpulan muzik punk-rock meskipun usia kugiran ini sudah 10 tahun.

 

img_8523

 

Tahun ini BUNKFACE mahu melakar sejarah dengan mengadakan sebuah konsert bersempena ulang tahun ke-10 mereka di dalam industri muzik tanah air.

 

Konsert BUNKFACE “X” dijadualkan bakal berlangung pada 24 Disember 2016 berlokasi di Stadium Chin Woo. Lokasi tersebut dipilih sebenarnya kerana ia berada di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur serta berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam untuk memudahkan perjalanan orang ramai ke konsert tersebut selain dari memandu ke sana.

 

Konsert ini dikatakan bakal berlangsung selama dua jam bermula dari pukul 8 malam. Yang pastinya, ia bakal dimeriahkan dengan gimik-gimik yang bakal mengejutkan peminat.

 

Menerusi konsert itu nanti, BUNKFACE bakal mempersembahkan 20 buah lagu, antaranya Masih Di Sini, Situasi, Panik. Darah Muda dan banyak lagi.

 

Tema untuk konsert ini adalah CELEBRATION bersempena ulang tahunnya. Dalam masa yang sama, BUNKFACE bakal melancarkan album khas di konsert itu nanti yang mana mengumpulkan single hits terbaik dari tiga buah album mereka.

 

Album itu juga dikatakan bakal berada di pasaran pada awal bulan Disember nanti. Apa yang lebih membanggakan, BUNKFACE turut tercalon dalam MTV Europe Music Award (MTV EMA 2016) yang bakal berlangsung pada 6 November nanti.

 

14517440_10154550016368832_2416879897431819989_n

 

Kumpulan punk-rock ini tercalon dalam kategori BEST SOUTH EAST ASIA ACT yang mana turut disertai beberapa calon hebat dari Asia Tengara termasuklah Yuna.

 

BUNKFACE mengharapkan peminat akan mengundi mereka secara atas talian untuk meraih kemenangan di MTV EMA itu.

 

Tiket untuk menyaksikan konsert BUNKFACE “X” akan mula dijual pada 1 November nanti bermula RM50. Ia boleh didapati di www.myticket.asia.

The post BUNKFACE Bakal Adakan Konsert Sambutan Ulang Tahun Satu Dekad appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment