Berus Solekan Yang Kotor Undang Bahaya Pada Wajah

Solekan tidak akan lengkap tanpa penggunaan berus solekan yang betul. Pastinya anda menggunakan pelbagai jenis berus solekan dan tanpa sedar ia digunakan berulang kali. Malah ada juga yang menggunakan  satu berus solekan yang sama untuk pelbagai kegunaan seperti aplikasi bedak asas, primer dan sebagainya.

Berus solekan juga perlu dijaga rapi agar bentuk dan kualitinya kekal sama di samping membuang sisa kotoran yang melekat. Bulu berus solekan yang tidak dibersihkan akan membuatkan kulit wajah anda mudah diserang jerawat dan iritasi.

 

Cara -cara untuk membersihkan berus solekan adalah:

  • Basahkan bulu berus solekan dengan air suam dan ratakan air pada keseluruhannya. Jangan gunakan air panas kerana ia boleh mengubah bentuk bulu berus solekan.
  • Pada masa yang sama, letakkan air suam di dalam sebuah mangkuk kecil.
  • Titiskan sedikit syampu bayi ke dalam mangkuk yang berisi air suam tadi dan ratakannya.
  • Ambil berus solekan yang sudah dibasahkan dengan air suam tadi ke dalam mangkuk dan ratakan bulu berus solekan di dalam campuran air suam dan syampu bayi tadi.
  • Gunakan jari anda untuk membersihkan bulu berus solekan. Buang segala debu, dan minyak yang terperangkap di dalam bulu berus solekan.
  • Selepas itu,bilas dengan air ( bukan air daripada mangkuk tadi) dan keringkan dengan tuala yang kering.
  • Jangan sesekali menekan kuat bulu berus solekan, kerana dikhuatiri bentuknya akan hilang dan bertukar menjadi keras.

 

 

The post Berus Solekan Yang Kotor Undang Bahaya Pada Wajah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment