Ayda Jebat Dan Zizan Razak Mendominasi Pencalonan Anugerah Melodi 2016

Ayda Jebat dan Zizan Razak tercalon dalam tiga buah kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Melodi 2016.

 

img_8573

 

Dua selebriti hangat ini tercalon dalam tiga kategori yang berbeza. Yang mana Ayda tercalon dalam kategori Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi.

 

Zizan pula menerima pencalonan untuk kategori Personaliti Filem Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi. Ternyata yang kedua-dua selebriti ini bersaing dalam dua buah kategori yang sama.

 

Bagi Ayda yang ditemui di sidang media Anugerah Melodi 2016 semalam, “Saya tidak pernah meletakkan harapan untuk menang. Saya hanya akan berusaha dan jika berjaya, syukur ke atasnya. Sebagai calon, saya perlu mempromosikan akannya di laman sosial untuk memeriahkan lagi acara ini.”

img_8566

 

Turut hadir di sidang media yang berlangsung di Balai Berita NSTP Bangsar adalah Amyra Rosli, Amar Baharin, Awal Ashaari, Saharul Ridzwan, Mira Filzah dan Mark Adam.

img_8578

img_8568

img_8584

 

Menurut Michelle Wee selaku penerbit Melodi, pemilihan finalis sebenarnya diambil dari sudut positif sahaja. Yang mana segala kontroversi negatif yang melibatkan selebriti tidak menjadi faktor utama. Calon finalis terpilih atas aspek penampilan serta pembabitan di dalam industri serta melihat pada pencapaian mereka selama ini.

 

Barisan pemenang akan ditentukan menerusi undian sepenuhnya dari penonton melalui atas talian di http://ift.tt/2eJQUn0 bermula 31 Oktober sehingga 30 november 2016. Acara Anugerah Melodi ini bakal berlangsung pada 10 Disember 2016 dari Dewan Tun Dr.Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada pukul 9.00malam sehingga 10.30malam.

 

Tahniah buat calon-calon! EH! kongsikan senarai penuh pencalonan akhir Anugerah Melodi 2016.

 

Personaliti Filem Melodi

1. Shaheizy Sam

2. Zizan Razak

3. Shamsul Yusof

4. Nabila Huda

5. Bront Palarae

 

Personaliti Muzik Melodi

1. Yuna

2. Faizal Tahir

3. Akim Ahmad

4. Ayda Jebat

5. Shila Amzah

 

Personaliti Drama Melodi

1. Saharul Ridzwan

2. Mira Filzah

3. Janna Nick

4. Fattah Amin

5. Amyra Rosli

 

Personaliti Pengacaraan Melodi

1. Awal Ashaari

2. Fauziah Dato’ Ahmad Daud

3. Alif Satar

4. Neelofa

5. Datuk Rosyam Nor

 

Personaliti Sukan Melodi

1. Datuk Lee Chong Wei

2. Pandelela Rinong

3. Abdul Latif Romly

4. Ridzuan Puzi

5. Muhammad Ziyad Zolkifli

 

Personaliti Komedi Melodi

1. Abam

2. Achey

3, Mark Adam

4. Ebby Yus

5. Jep

 

Personaliti Pasangan Sensasi Melodi

1. Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

2. Awal Ashaari & Scha Alyahya

3. Zain Saidin & Rozita Che Wan

4. Yusry & Lisa Surihani

5. Akim & Stacy

 

Personaliti Media Sosial Melodi

1. Nelydia Senrose

2. Nora Danish

3. Emma Maembong

4. Ayda Jebat

5. Zizan Razak

 

Personaliti Fesyen Melodi

1. Wak Doyok

2. Nazim Othman

3. Rozita Che Wan

4. Fazura

5. Zahirah Macwilson

 

Personaliti Sensasi Melodi 2016 (Anugerah Utama)

1. Sharnaaz Ahmad

2. Mira Filzah

3. Janna Nick

4. Ayda Jebat

5. Zizan Razak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post Ayda Jebat Dan Zizan Razak Mendominasi Pencalonan Anugerah Melodi 2016 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment