Anugerah Seri Jelita 2016 memilih Philips VisaPure Advanced SC5370 3-in-1 Home Facial Device sebagai pemenang Gajet Pembersih Wajah Terbaik kerana ianya memudahkan rejim penjagaan wajah anda!
Philips VisaPure Advanced hadir dengan tiga kepala yang boleh ditukar ganti dengan fungsi penggunaannya yang tersendiri. Membersihkan wajah menggunakan berus khas yang mampu menanggalkan sel kulit mati ini bertujuan untuk mengelak kulit tampak kusam.
Revitalising Massage membantu peredaran darah dan meningkatkan penyerapan produk penjagaan kulit. Ia terasa seperti 750 jari lembut sedang mengurut wajah anda dalam masa seminit. Aksesori urutan untuk mata pula digunakan bagi menyegarkan mata yang tampak lesu dan sembap.
Tunggu apa lagi? Kembalikan seri wajah anda dengan menggunakan gajet khas berteknologi tinggi ini. Ia dijual pada harga RM1,399 dan boleh didapati secara eksklusif di cawangan Sephora terpilih. Layari www.philips.com.my untuk ketahui lanjut.
Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Seri Jelita 2016 di dalam edisi Oktober.
The post Anugerah Seri Jelita 2016; Gajet Pembersih Wajah Terbaik – Philips VisaPure Advanced appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment