Sempurnakan penjagaan tubuh anda dengan Gajet Pencukur Terbaik Untuk Wanita bagi Anugerah Seri Jelita iaitu Philips Satinelle Advanced Wet & Dry Epilator BRE630.
Dijual pada harga hanya RM449 ada banyak kelebihan pencukur ini. Anda boleh meningkatkan keyakinan diri dengan membebaskan kulit daripada bulu yang tidak diingini. Hanya menggunakan satu g ajet saja ia mampu membuatkan kulit anda licin selembut kulit bayi. Gajet pencukur bulu ini mudah digunakan dan anda sendiri boleh melakukannya di rumah.
Hadir dengan lima jenis aksesori kepala untuk fungsi penggunaan dan bahagian tubuh yang berbeza dan pelbagai. Ia adalah epilator pertama yang dilengkapi dengan pemegang berbentuk S serba ergonomik bagi memudahkan anda mengawal penggunaannya pada seluruh tubuh dengan kawalan maksimum serta jangkauan yang lebih baik.
Diperbuat daripada bahan seramik unik untuk memegang lebih baik bulu sukar dijangkau, kepala epilator direka lebar untuk penyingkiran bulu optimum dalam satu tarikan sahaja. Kepala ini turut dimuatkan dengan lampu kecil bagi memastikan tiada bulu halus yang tertinggal.
Selain itu, disk seramik bulat membolehkannya mencabut rapat dengan kulit untuk hasil yang optimum dan lembut. Ciri tanpa wayar membolehkan anda menggunakannya di luar atau di dalam kamar mandi serta dibawa bersama kala mengembara.
Produk ini boleh didapatkan di rangkaian kedai elektronik dan pasaraya berhampiran. Untuk maklumat lanjut, layari www.philips.com.my.
Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Seri Jelita 2016 di dalam edisi Oktober.
The post Anugerah Seri Jelita 2016; Gajet Pencukur Terbaik – Philips Satinelle Advanced Wet & Dry Epilator BRE630 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment