Gambar: Sumber Google
Anggota kumpulan nasyid Brothers, Mohd Salleh Mohd Deril atau Salleh Brothers dilaporkan meninggal dunia pada jam 3.20 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung.
Mohd Salleh dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 5 Oktober lalu akibat serangan jantung dan dilaporkan berada dalam keadaan koma.
Mohd Salleh yang juga bapa kepada tiga anak itu meninggal dunia pada usia 40 tahun.
Menurut rakan seperjuangan arwah, Hafiz Hamidun, jenazah dimandi dan dikafankan di pusat rawatan berkenaan.
Sebelum ini beberapa rakan artis dan rakan seperjuangan berusaha membantu meringankan beban Salleh yang memerlukan rawatan rapi sebaik sahaja mengetahui lelaki berkenaan dikejarkan ke PPUM. Ada yang memuat naik gambar keadaan Salleh di hospital dalam usaha untuk mendapatkan bantuan.
Salleh dikenali di arena seni apabila menyertai kumpulan nasyid, Brothers, yang turut membariskan Syah, Yasin dan Faiz. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 itu popular dengan lagu Teman Sejati.
The post Anggota Kumpulan Nasyid Brothers, Mohd Salleh Meninggal Dunia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment