7 Tip Elak Stres Di Tempat Kerja

business, office, school and education concept - stressed businesswoman with computer and documents at work

Gambar:INGimage


 
“Malasnya nak ke ofis.” Pasti anda akan berfikir seperti ini setiap kali tibanya hari Isnin. Bukan anda sahaja, malah ramai di luar sana yang menghadapi dilema yang sama. Memang syok kalau dapat persekitaran kerja yang seronok,’fun‘ dan tidak stres.
 
Tapi tidak semestinya persekitaran kerja yang teruk bermakna kita tidak boleh berseronok. Keseronokan itu boleh dicari. Oleh itu, Jelita kongsikan tip bekerja dengan ceria dan bebas stres.
 
Cari Kawan Yang Rapat

Dalam banyak-banyak rakan sekerja pasti ada satu yang kebetulan satu kepala dan mempunyai minat yang sama dengan anda. Berada bersama mereka pasti sedikit sebanyak menceriakan hari-hari anda sepanjang di pejabat. Stres kerja pun dapat dikongsi bersama mereka.
 
Hias Meja Kerja

Pejabat ibaratkan sebagai rumah kedua anda kerana di situlah anda menghabiskan sebahagian dari masa anda. Jadi tidak salah jika anda menghiask meja kerja anda mengikut cita rasa anda. Setiap kali anda ke tempat kerja anda akan berasa gembira pabila anda duduk di tempat anda. Namun pastikan anda tidak berlebihan dengan memenuhi meja anda dengan perhiasan.
 
Lakukan Sesuatu Yang Anda Sukai

Berada di pejabat sepanjang hari tidak semestinya anda tidak boleh melakukan apa yang anda minat misalnya pada waktu rehat. Anda boleh mencari resipi-resipi menarik yang boleh dicuba malam nanti atau pada hujung minggu. Apa yang anda perlu ingat ialah jangan terlalu leka melakukan apa yang anda minat sehingga lupa pada tugasan anda.
 
Buat Benda Baru

Kesibukan kerja membuatkan anda sering tidak mengambil tahu apa yang terjadi pada persekitaran anda. Jangan terlalu fokus pada kerja sehingga anda tidak mempedulikan apa yang berlaku pada sekeliling anda. Sesekali berkomunikasi dengan staf yang berada di jabatan lain dan percayalah anda akan seronok mengenali ramai orang dan mengetahui pelbagai info yang berlaku di pejabat.
 
Elak Perkara Negatif

Perkara negatif boleh ‘membunuh’ keseornokan ketika di pejabat. Perkara penting yang perlu anda ingat ialah elakkan dari mereka yang suka menimbulkan kontroversi, gosip dan mereka yang membawa aura negatif. Pasti anda akan sentiasa berada dalam keadaan positif.
 
Jangan Bawa Masalah Peribadi

Masalah peribadi biasanya secara tidak langsung boleh mempengaruhi emosi ketika berada di pejabat. Sebab itu, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke pejabat, ‘buang’ semua masalah peribadi di luar. Lupakan semua masalah di rumah dan fokuskan pada kerja.
 
Bergerak Selalu

Jangan duduk sahaja sepanjang hari, bukan sahaja anda jadi bosan bahkan badan anda pun akan jadi lemah. Sesekali bangun dan bergeraj. Mungkin anda boleh berjalan keluar sekejap mengambil angin di luar, bersenam ringan atau sebagainya.

 

The post 7 Tip Elak Stres Di Tempat Kerja appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment