6 Idea Fesyen Monokrom

Kombinasi warna hitam dan putih atau monokrom masih lagi menjadi warna kegemaran di kalangan pencinta fesyen. Ini kerana warna monokrom ini senang digayakan dan juga mampu membuatkan anda tampil lebih chic. Jelita kongsikan gaya yang anda boleh cuba dengan warna monokrom.
 
sporty
 
Sporty

Padankan kasut sneakers putih anda dengan baju-T putih, Lengkapkan gaya anda denga kardigan yang bermotifkan hitam putih. Penampilan ini akan membuatkan anda tampak lebih bergaya.
 
everyday-attire
 
Baju Harian

Untuk gaya yang lebih classy, pakai dress warna monokrom dengan motif yang sesuai dengan gaya anda. Lengkapka gaya anda dengan aksesori bersaiz sederhana dan kasut ankle boots berwarna hitam. Anda boleh mengenakan gaya ini di pejabat hingga anda keluar lepak dengan teman-teman anda di malam hari.
 
flora-motif
 
Motif Flora

Anda boleh cuba sesuatu yang lain seperti warna monokrom dengan motif flora seperti bunga, pokok buluh dan sebagainya. Lengkapkan gaya anda dengan kasut tumit tinggi berwarna putih.
 
lines
 
Jalur

Bagi anda yang mungkin kurang berminat dengan motif flora, anda boleh cuba dengan monokrom yang mempunyai motif jalur menegak atau melintang. Gaya ini akan membuatkan anda tampak lebih stail dan gaya monokrom anda tidak nampak terlalu membosankan.
 
biker
 
Biker

Anda boleh tampil seperti seorang biker dengan warna monokrom. Padankan jaket kulit berwarna putih atau hitam dan padankan dengan seluar parachute dan lengkapkan gaya anda dengan kasut tumit tinggi. Gaya ini akan membuatkan anda tampak lebih mempersona.
 
polkadot
 
Polkadot

Berikan nafas baru dengn baju-T atau blaus motif polkadot warna hitam dan putih. Padankan dengan seluar kulit serta kasut ankle boot berwarna hitam. Anda boleh mencuba gaya ini ketika anda bersantai bersama teman-teman anda.
 
Gambar: mirror.co.uk

The post 6 Idea Fesyen Monokrom appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment