5 Tip Berkesan Untuk Menghapuskan Lebihan Lemak Di Dagu

ing_19032_01269

Gambar: INGimage


 
Masih lagi berisi walaupun anda sudah mengawal pemakanan anda? Anda terpaksa menggunakan teknik contouring untuk memastikan wajah kamu kelihatan runcing. Jangan khuatir, Jelita senaraikan tip mengecilkan pipi dan menghapuskan lebihan lemak di dagu anda.
 
Gula-gula getah

Wajah anda juga perlukan senaman seperti anggota tubuh yang lain. Kunyah gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum) sebagai senaman otot wajah. Mengunyah gula-gula getah bukan sahaja mampu mengecilkan wajah malah membersihkan gigi dan gusi. Anda perlu rajin mengunyah gula-gula getah ketika memandu, melakukan kerja ataupun ketika menonton televisyen.
 
Krim Mentega Koko (cocoa butter)

Krim ini boleh didapati di semua farmasi kesihatan. Panaskan dua sudu krim mentega koko di dalam microwave untuk 30 saat. Urut krim yang sudah dipanaskan di bahagian tengkuk, leher dan rahang wajah selama 5 minit dengan urutan menaik. Lakukannya dua kali sehari sebelum mandi di waktu pagi dan sebelum tidur. Ia membantu membentuk wajah bahkan membantu melembapkan kulit anda.
 
Senaman Dagu

Tegakkan badan anda dalam posisi duduk dan dongakkan kepala perlahan-lahan seperti kamu memandang syiling. Kemudian, bentukkan bibir kamu seperti mahu mencium sesuatu (duck face). Lakukan senaman ini selama 5 saat dan ulang gerakan ini 5-10 kali setiap hari ketika bangun dari tidur.
 
Memutar leher

Senaman yang amat mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja, ketika menunggu bas, di dalam LRT mahupun di hadapan komputer. Pusingkan kepala anda mengikut arah lawan jam atau sebaliknya dengan posisi badan yang tegak. Lakukan lima putaran setiap satu sesi, untuk tiga set setiap hari.
 
Katakan tidak pada gula

Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan wajah anda membengkak kerana lemak berlebihan terkumpul di situ. Jadi sebelum tidur, elakkan dari minum minuman manis dan banyakkan minum air kosong.
 
Sumber: Cosmopolitan

 

The post 5 Tip Berkesan Untuk Menghapuskan Lebihan Lemak Di Dagu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment