5 Perkara Menyebabkan Anda Sukar Tidur

Tidur satu-satunya masa anda mendapat rehat yang sempurna. Tidur yang cukup iaitu lebih kurang lapan jam sehari membuatkan anda berasa lebih bertenaga dan dipercayai ia juga salah satu cara untuk anda kekal awet muda. Namun, disebabkan kekangan dan bebanan kerja yang tidak pernah habis, ramai yang tidak mendapatkan tidur yang berkualiti.  Selain itu gaya hidup yang kurang sihat juga antara punca anda sukar untuk tidur:

offline beauty woman sleep on the pillow

Ubat

Sesetengah ubat boleh mengakibat insomnia. Ini termasuk ubat bagi merawat kadar kolesterol dan asma yang mengandungi bahan yang menyukarkan anda tidur. Sama juga kesannya jika anda mengambil Panadol Extra kerana ia mengandungi kafein yang ada di dalam kopi atau teh. Benar, minum minuman keras memudahkan anda untuk tidur tetapi waktu tidur yang diperolehi tidak berkualiti memandangkan anda kan kerap terjaga untuk ke tandas bagi membuang air kecil.

Masalah kesihatan

Jika anda sedang menanggung kesakitan akibat pembedahan, sakit sendi atau sakit kepala, ini juga menyebabkan sukar untuk tidur. Masalah ini akan berlanjutan sehingga beberapa hari sehingga rasa sakit itu hilang. Berbeza dengan mereka yang mengalami tekanan perasaan seperti kemurungan, individu ini sukar untuk tidur atau mendapatkan tidur yang nyenyak sepanjang hidupnya.

Suhu bilik tidak sesuai

Suhu bilik yang terlalu panas atau terlampau sejuk menyebabkan anda sukar tidur. Suhu badan akan menurun pada tahap optimum bagi memudahkan anda tidur. Disebabkan itu anda tidak digalakkan untuk makan atau bersenam sebelum tidur kerana ini menyebabakn suhu badan menjadi tidak stabil hingga menghilangkan rasa mengantuk.

Aktiviti sebelum tidur

Bermain permainan video, memandang komputer riba atau membaca mesej di telefon bimbit menghilangkan rasa mengantuk. Begitu juga dengan membaca buku atau menonton filem seram juga membuatkan anda sukar tidur. Elakkan perbincangan serius dengan pasangan atau tidur dalam keadaan marah kerana ia juga antara punca anda susah untuk tidur.

Faktor persekitaran

Bunyi bising, bilik yang terlalu cerah atau pergerakan daripada pasangan juga boleh mengganggu tidur anda. Bilik yang sunyi dan gelap membantu anda tidur dengan mudah dan nyenyak. Tutup semua tingkap dan pasang langsir gelap bagi mendapatakn suasana seperti di dalam gua.

 

The post 5 Perkara Menyebabkan Anda Sukar Tidur appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment