Gambar: INGimage
Di era serba moden ini, semuanya menjadi lebih sibuk sehinggakan kadang kala anda tidak punya waktu untuk diri sendiri. Namun kesibukan itu kadang kala akan membuatkan kita cepat tertekan. Badan kita perlukan rehat yang cukup untuk elak dari rasa tertekan. Cari satu waktu lapang untuk mencuba sesuatu yang baru. Jelita senaraikan lima hobi menarik yang boleh membantu menghilangkan stres.
Berkebun
Berkebun antara hobi yang dapat menghilangkan stres anda. Anda tidak perlukan kebun yang luas hanya untuk berkebun. Cukup sekadar di halaman rumah anda. Berkebun juga baik untuk kesihatan kerana ia membantu anda mengeluarkan peluh. Dengan berjemur di bawah sinaran matahari dan menghirupkan udara segar, anda pasti akan rasa lebih selesa dan ringan. Bahkan rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik dan lebih sejuk dengan tanaman yang anda tanam.
Fotografi
Fotografi juga antara hobi menarik yang boleh anda lakukan ketika sedang stres. Fotografi juga dapat membantu anda untuk mengalihkan perhatian anda dari perkara yang membuat anda stres. Ambil masa sehari untuk meneroka alam sekitar dan rakamkan memori anda dan kongsikan hasilnya bersama keluarga atau teman-teman.
Melukis
Sama seperti fotografi cuma menggunakan medium yang berlainan. Jika fotografi, anda perlukan kamera tetapi untuk melukis anda hanya perlukan sekeping kertas dan sebatang pensel. Anda boleh lukiskan apa sahaja dan tidak perlu khuatir jika hasilnya tidak cantik kerana anda melukis apa yang anda rasa jadi hasilnya tidak penting.
Mengait
Selain dari membantu anda menciptakan hadiah yang indah, mengaitkan pakaia memberikan anda kesempatan untuk meringankan tekanan anda. Gerakan yang berulang-ulang dapat membantu anda dari perasaan gugup. Cuba mengait di balkoni rumah sambil diiringi dengan lagu-lagu klasik. Pasti akan rasa tenang.
Menulis
Menulis catatan harian atau diari dikatakan dapat membantu menghilangkan stres. Kadang kala, anda mempunyai masalah yang tidak boleh diberitahu orang lain. Jadi menulis diari adalah jalan penyelesaian terbaik untuk anda luahkan apa yang anda rasakan.
The post 5 Hobi Menarik Untuk Hilangkan Tekanan appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment