Semua wanita impikan untuk nampak lebih tinggi. Salah satu jalan penyelesaian yang mudah ialah dengan memakai kasut bertumit tinggi. Tetapi, memakai kasut tumit tinggi setiap hari boleh memudharatkan kaki anda. Jelita kongsikan helah mudah untuk tampak tinggi tanpa perlu memakai kasut tumit tinggi setiap hari.
Gambar: thglamfiles.com
Seluar Denim ‘Flare’
Anda mungkin tidak begitu yakin dengan gaya ini tapi percayalah, seluar denim ‘flare’ ini adalah helah terbaik untuk anda tampak lebih tinggi. Pastikan seluar denim ini kelihatan slim pada sepanjang pinggang ke pinggu anda dan juga pinggang seluar denim itu berada di posisi pinggang anda. Padankan seluar denim ‘flare’ anda dengan baju paras pinggang ataupun tuck-in kan baju anda. Bagi gaya yang lebih modest, sarungkan jake tatau kardigan bagi menutup bahagian pinggang dan pinggul.
Gambar: cdnb.lystit.com
Skirt ‘Maxi’
Skirt ‘maxi’ yang berpotongan lurus mampu memberikan anda ilusi ketinggian, Pilih skirt dari fabrik yang ‘solid’ dan berwarna pastel untuk mencipta garisan ‘vertikal’ yang panjang. Pastikan baju anda tidak kembang. ‘Hemline’ skirt juga mesti labuh tetapi tidaklah sampai anda tidak dapat berjalan dengan selesa. Padankan dengan ‘wedges’ atau tumit tinggi untuk efek lebih berkesan.
Gambar: glamradar.com
Busana Satu Warna
Penggunaan warna untuk memberikan ilusi ketinggian adalah sangat efektif kerana ia mencipta satu garis ‘vertical’. Pemakaian warna hitam dari atas sampai ke bawah adalah yang paling ringkas dan ‘chic’. Anda juga boleh menggayakan warna ‘solid’ pekat seperti royal blue, emerald green atau burgundy. Monokrom juga membantu dalam mencipta ilusi tinggi namun anda harus pastikan siluet busana monokrom anda ‘tailored and crisp’
Gambar: media.glamour.com
Pointy Flats
Elakkan dari sering memakai kasut bertumit tinggi. Ya, kasut tumit tinggi memang akan membuatkan anda lebih tinggi akan tetapi ia juga memudharatkan kaki anda. Helah yang lain ialah dengan memakai pointy flats. Pointy flats membantu untuk memanjangkan leg line anda.
Gambar: img.romwe.com
Busana Jalur Menegak.
Antara helah paling berkesan untuk tampak lebih tinggi. Garisan jalur menegak mencipta garisan panjang, maka busana dengan motif garisan jalur menegak akan mencipta ilusi ketinggian yang anda inginkan,
The post 5 Helah Fesyen Untuk Tampak Lebih Tinggi appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment