Hujung minggu bakal tiba lagi. Inilah masanya untuk anda menggunakan masa yang ada untuk menghilangkan stres dan tekanan setelah lima hari bekerja. Ambil masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang Jelita sarankan.
Berjalan Di Tepi Pantai
Kadang-kala anda mungkin rasa tertekan ketika berada di tempat kerja. Oleh itu, ambil masa di hujung minggu untuk berjalan di tepi pantai. Secara zahirnya, berjalan di tepi pantai dapat memberikan ketenangan dan juga membantu merehatkan otak yang penat bekerja. Untungnya, di Malaysia terdapat banyak pantai-pantai yang cantik dan anda boleh berejat dengan menikmati keindahan permandangan di tepi pantai.
Mendaki
Bagi anda yang berminat dengan aktiviti yang lebih lasak, anda boleh cuba isikan waktu lapang anda dengan mendaki. Kalau anda tidak larat untuk mendaki gunung, anda boleh cuba dengan mendaki bukit. Di Malaysia juga terdapat bukit-bukit yang memiliki permandangan yang indah. Jangan asyik terperap di dalam rumah, keluarkan sedikit peluh, boleh buang toksin-toksin dalam badan tu.
Berkayak
Berkayak adalah aktiviti yang jarang dilakukan kerana tempat berkayak adalah terhad. Berkayak juga merupakan salah satu aktiviti lasak dan menyeronokkan. Ia bukan sahja menyihatkan badan, tapi ia juga boleh mencabar keupayaan diri anda. Aktiviti berkayak juga baik untuk dijadikan sebagai latihan lengan anda.
Berbasikal
Antara aktiviti yang paling diminati kerana banyak taman rekreasi di Malaysia yang ada menyediakan perkhidmatan sewa basikal. Sambil berbasikal anda boleh melihat permandangan sekeliling. Berbasikal juga boleh dijadikan sebagai rutin senaman harian.
Berenang
Aktivit bermain air memang seronok, sesuai dengan musim panas di Malaysia dan anda boleh sejukkan badan anda. Pilih lokasi percutian seperti pulau-pulau, di tepi sungai ataupun di air terjun. Berkelah sambil bermandi-manda bersama keluarga pun seronok juga.
Gambar: INGimage
The post 5 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Pada Hujung Minggu appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment