3 Resipi Payasam Inspirasi Deepavali

Payasam adalah menu pemanis mulut kaum India yang kaya dengan rasa susu. Jangan ketinggalan untuk mengikuti 3 resipi Payasam mudah ini.

PAYASAM

Bahan-bahan:

1/2 cawan sago
2 cawan air
8 sudu besar Fernleaf Full Cream Milk Powder
3 cawan air + 1 cawan gula melaka, disatukan
1/2 sudu kecil serbuk cardomom
Secubit safron (pilihan)
1 sudu besar ghee
1/4 cawan kacang gajus
1/3 cawan kismis
10g serbuk jeli Konyakku

Payasam Gula Melaka

payasam-gula-melaka-step-1-5

Langkah 1

  1. Panaskan ghee dalam kuali. Tambahkan gajus dan kismis dan biarkan sehingga perang keemasan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, didihkan sago dalam air.
  3. Campurkan Fernleaf Full Cream Milk Powder, gula melaka dan serbuk cardomom ke dalam periuk sago.
  4. Tambahkan safron (jika mahu) dan kacau hingga pekat.
  5. Masukkan kacang gajus dan kismis.
  6. Sedia untuk dihidang.

Puding Payasam

payasam-pudding-5

  1. Ikut langkah 1.
  2. Teruskan kacau dan masukkan serbuk jeli Konyakku.
  3. Kacau sehingga Payasam pekat. Padamkan api.
  4. Biarkan Payasam menyejuk sebelum dimasukkan ke dalam acuan jeli.
  5. Simpan di dalam peti sejuk sehingga puding mengeras. Hidangkan bersama kacang gajus dan kismis.

Aiskrim Payasam

payasam-ice-cream-5-b

  1. Ikut langkah 1.
  2. Masukkan safron (pilihan) dan kacau sehingga Payasam pekat.
  3. Padamkan api dan biarkan ia menyejuk.
  4. Letakkan kacang gajus dan kismis ke dalam acuan aiskrim.
  5. Isikan acuan dengan Payasam dan biarkan ia beku di dalam peti sejuk.

*Resipi: Fernleaf

The post 3 Resipi Payasam Inspirasi Deepavali appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment