10 Makanan Yang Baik Untuk Sarapan Pagi

Sarapan pagi adalah penting untuk membantu membekalkan tenaga untuk tubuh badan anda. Hidangan sarapan pagi haruslah seimbang dan berkhasiat. Sesibuk mana pun anda, pastikan anda mengambil sarapan yang berkhasiat. Jelita membantu anda dengan berkongsi 10 makanan yang baik untuk sarapan pagi.
 
02c51736
 
Nasi

Nasi mengandungi karbohidrat dan juga gula. Kedua-dua khasiat ini sangat penting bagi metabolisme tubuh untuk menghasilkan tenaga.
 
ing_42097_01457
 
Oatmeal

Oatmeal ini memang tawar namun oatmeal ini mengandungi banyak serat, kalsium dan zat besi yang penting untuk tubuh. Jikalau anda tidak gemarkan rasa tawarnya, anda boleh tambahkan susu dan buah-buahan segar untuk menambahkan rasa dan juga menambahkan khasiatnya. Makanan yang berasaskan dari gandum ini boleh membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan kadar kolestrol dan membantu dalam mengurangkan berat badan.
 
02h81388
 
Roti Gandum

Kandungan serat dan karbohidrat dalam roti gandum lebih tingi dibandingkan dengan roti putih yang biasa anda makan. Jadi tukarkan roti putih anda kepada roti gandum sewaktu sarapan.
 
iss_1204_00877
 
Yogurt

Pastinya ramai yang sukakan yogurt. Disebalik rasa masamnya, yogurt mengandungi protein dan kalsium yang diperlukan tubuh. Amalkan yogurt sewaktu sarapan mampu membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama dan sekali gus membantu untuk mengurangkan berat badan anda.
 
03a18450
 
Telur

Telur mengandungi protein, asid lemak dan omega 3 yang baik untuk tubuh anda. Beberapa biji telur rebus dan goreng boleh buatkan anda rasa kenyang sehingga ke tengah hari.
 
03d71172
 
Bijirin

Jika anda terlalu sibuk untuk menyiapkan sarapan yang sempurna pada waktu pagi, cukuplah sekadar dengan memakan bijirin. Sarapan ini mungkin nampak ringkas namun bijirin mengandungi zat besi, serat dan kalsium.
 
03d66111
 
Susu

Susu merupakan minuman penting sewaktu sarapan pagi. Minum segelas susu sekiranya anda tidak sempat untuk bersarapan penuh. Susu mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan tubuh untuk melalui hari yang mencabar.
 
03b94711
 
Mentega Kacang

Kombinasi roti dan mentega kacang pasti menjadi kegemaran tatkala sarapan. Kacang mengandungi lemak yang diperlukan tubuh badan.
 
iss_6411_01657
 
Jus Buah

Jus perahan buah mengandungi banyak vitamin yang diperlukan untuk tubuh. Jus yang benar-benar berkhasiat ialah jus yang tidak dicampurkan dengan mana-mana bahan lain seperti gula, susu atau madu. Perah sebiji buah oren untuk mendapatkan jus segarnya dan tambahkannya dalam menu sarapan pagi anda.
 
iss_2042_01786
 
Buah-buahan

Buah-buahan adalah sumber makanan sampingan yang baik untuk tubuh. Buah-buahan mengandungi serat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh anda. Buah-buahan yang sesuai untuk sarapan pagi anda ialah kiwi, pisang, epal, dan betik. Buah-buahan ini baik untuk sistem penghadaman anda. Buah-buahan juga mengandungi antioksidan yang boleh menghalang sel-sel kanser dalam badan.

The post 10 Makanan Yang Baik Untuk Sarapan Pagi appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment