Menjadi gembira sebenarnya adalah satu perasaan yang boleh dicipta secara psikologi. Menurut pakar, anda boleh sentiasa gembira hanya dengan mencipta atau memikirkan momen indah yang membuatkan anda tersenyum.
Jangan terus bersedih kerana kedukaan itu hanyalah seketika dan anda tidak harus terus menyeksa diri dan menangis. Jelita mahu berkongsi tip dan habit yang akan membuatkan anda menjadi lebih positif seterusnya menamatkan kesedihan. Anda harus tanamkan dalam fikiran yang setiap dugaan mematangkan seseorang. Tanpa cabaran dalam hidup, anda tidak akan belajar sesuatu.
Kelilingi diri dengan orang yang positif
Kegembiraan boleh ‘berjangkit’ dan tenaga positif boleh dipindahkan dari sau individu ke individu lain. ‘Viral’ kan aura gembira anda dengan bergaul dengan mereka yang membuatkan anda sentiasa tersenyum dan ketawa. Tinggalkan rakan yang sentiasa buat anda rasa tidak dihargai. Rakan yang baik akan sentiasa berikan anda semangat bukannya menambahkan lagi kesedihan.
Senyum, tak perlu kata apa-apa.
Walaupun anda sedang menghadapi masalah, cuba fikirkan sesuatu yang buatkan anda tersenyum. Contohnya tatap foto pasangan ataupun anak anda ketika di pejabat. Bisik pada diri anda, setiap masalah ada penyelesaiannya.
Bangkit daripada tersungkur!
Pakar psikologi berkata, keupayaan seseorang untuk bangkit daripada kesedihan adalah dengan melawan perasaan itu seterusnya mengurangkan tekanan kepada diri. Malah jika anda banyak membaca kata-kata semangat dan kisah hidup orang yang berjaya, pasti akan menaikkan semangat anda. Mereka yang berjaya semuanya pernah melalui saat paling teruk sebelum akhirnya dapat mencapai impian mereka.
Sesi curahan hati
Komunikasi yang baik sebenarnya mampu meredakan kekusutan dalam diri. Cuba kongsikan masalah anda bersama rakan atau pasangan. Jika mereka tidak mampu menyelesaikannya, sekurang-kurangnya anda telah meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Komunikasi adalah satu terapi untuk meringankan bebanan di kepala anda.
Foto: 123rf.com
The post Tip Untuk Bangkit Daripada Kesedihan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment