Tip Seks Untuk Kecapi Klimaks Berganda

 

shutterstock_322362191

Gambar : Shutterstock

Perkahwinan itu lebih bahagia jika antara suami dan isteri saling membahagiakan antara satu sama lain. Namun, hubungan intim juga penting dalam menguatkan lagi hubungan yang telah sah termeterai itu.

 

Pastinya semua orang impikan sesi intimasi yang memuaskan serta tidak membosankan. Masing-masing mahukan yang terbaik. Jadi, buat lebih istimewa sesi mesra di kamar, ikuti tip di bawah untuk dapatkan klimaks berganda.

 

Jump on top!

Kajian yang dilakukan mendapati bahawa jika si isteri sering berbaring dan suami yang melakukan segalanya, sesetengah deria akan menjadi kurang terangsang. Apa kata cuba posisi dengan giliran isteri pula yang berada di atas suami untuk kecapi syahwat yang lebih memuaskan.

 

Terus terang

Jika anda sebagai seorang isteri agak sukar untuk mencapai klimaks tanpa sebarang stimulasi pada bahagian intim, seeloknya berterus terang pada suami dan kongsikan cara yang boleh buatkan anda nikmatinya. Tidak salah untuk mengajar si dia supaya masing-masing dapat enjoy sesi intimasi dengan lebih seronok.

 

Be the leader

Lelaki lebih suka apabila sesi hubungan intim itu diketuai oleh isterinya sendiri. Bagi mereka ia kelihatan agak seksi. Cuba main peranan utama dengan merangsang, memulakan dan mengakhiri sesi tersebut. Dengan cara ini, peluang untuk dapatkan orgasma yang lebih tinggi itu pasti akan berjaya.

 

Lakukan eksperimen

Apabila tubuh lebih cepat terangsang dan memudahkan lagi kerap klimaks berlaku, seks seakan menjadi lebih mudah. Namun, kelainan itu penting untuk berikan lebih keistimewaan. Cuba lakukan lebih eksperimen untuk memanjangkan sesi hubungan intim kalian agar masing-masing boleh nikmati seksual itu bersama.

 

 

Sumber : Cosmopolitan.my

 

 

 

 

 

The post Tip Seks Untuk Kecapi Klimaks Berganda appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment