Tapak tangan yang kerap berpeluh mengundang perasaan malu dan tidak selesa untuk yang menghidapinya. Apatah lagi jika bersalaman dengan orang lain juga pasti menimbulkan perasaan tidak selesa buat orang lain juga.
Mengapa tangan Anda Berpeluh?
Tapak tangan berpeluh disebabkan tekanan ataupun stress juga ketika seseorang sedang menghadapi perasaan panik, gementar mahupun teruja. Ini disebabkan kelenjar perpeluhan sangat aktif di bahagian seperti tangan, dahi dan kaki. Tiga anggota badan ini berkait rapat dengan sistem gemuruh yang akan mengeluarkan peluh ketika anda menghadapi tekanan.
Bagaimanapun terdapat individu yang menghidapi penyakit tangan berpeluh yang dipanggil palmar hyperhidrosis. Ada yang dilahirkan dengan penyakit ini namun ada juga yang menghidapinya disaat usia meningkat remaja. Gejala ini boleh dirawat namun ada juga yang menghidapinya seumur hidup. Jelita berikan tip untuk mengurangkan tapak tangan berpeluh yang akan membantu ada lebih yakin dan selesa.
1. Basuh tangan dengan kerap. Terutamanya jika anda mahu menghidangkan makanan ataupun bersosial. Peluh tidak akan kering dengan sendiri jadi anda harus basuh tangan dengan air tanpa sabun. Kemudian keringkan dengan tuala bersih.
2. Bawa hand sanitizer kerana ianya mampu mengurangkan perpeluhan dan menhapuskan bakteria. Jangan gunakan losyen yang berasakan petroleum jel kerana ianya akan membuatkan masalah peluh menjadi lebih teruk.
3. Gunakan tisu lembap yang berasakan aloevera kerana ianya membuatkan tangan anda sejuk. Tisu lembap amat diperlukan ketika situasi yang memerlukan anda bersalaman dengan orang lain.
4. Peluh keluar dengan banyak untuk menyejukkan badan yang panas. Amalkan minum air kosong untuk menurunkan suhu badan.
5. Bedak bayi juga antara alternatif terbaik merawat tangan berpeluh. Tidak perlu letak terlalu banyak, hanya sekadar cukup untuk diletakkan di tgapak tangan dan tepuk untuk lebihan bedak. Bukan sahaja wangi malah membantu menyerap lebihan peluh.
6. Selain perlu dapatkan rawatan doktor, anda juga boleh mengawalnya dengan meditasi dan lakukan aktiviti untuk melepaskan tekanan.
Foto: 123rf.com
The post Tip Merawat Gejala Tapak Tangan Berpeluh appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment