Tip Kembara Cantik

Jika anda ingin berpergian ke luar daerah atau melancong ke luar Negara, apakah perkara yang anda titikberatkan? Tentunya pakaian, bukan? Namun begitu, anda sering memandang enteng akan penjagaan kecantikan ketika mengembara. Eh, kenapa begitu? Perubahan cuaca dan waktu tidur boleh menyebabkan timbulnya masalah pada kulit wajah. Justeru itu, penjagaan wajah dan badan yang betul seharusnya dipraktikkan. Jom semak 10 tip ringkas kembara cantik yang boleh anda lakukan:

  • Bawa produk penjagaan wajah yang bersaiz kecil atau di dalam travel kit. Ini mengelakkan bagasi anda penuh dan berat.
  • Mungkin ada yang tidak membawa produk kecantikan kerana ingin membelinya di luar Negara. Usah begitu! Bayangkan jika produk yang biasa anda guna tidak terdapat di Negara tersebut dan anda terpaksa membeli produk yang baru. Jika ia tidak sesuai dengan kulit anda, barangkali anda sedia maklum kesannya!
  • Masukkan beberapa produk kecantikan asas seperti pelembap muka, tisu basah, pelembap bibir, dan krim tangan yang bersaiz kecil di dalam hand luggage kerana durasi penerbangan yang panjang akan buatkan kulit anda menjadi kering dan menggelupas.
  • Elakkan menggunakan kanta lekap ketika menaiki pesawat jika perjalanan mengambil masa berbelas jam lamanya. Ia akan menyusahkan anda untuk tidur dengan selesa dan mata cepat kering dek terdedah kepada penghawa dingin.

 

  • Jangan lupa krim penabir suria jika destinasi pilihan anda ialah di tepi pantai.
  • Bagi yang berhijab, usah mengenakan hijab yang terlalu ketat atau banyak lapisan. Bawalah syampu yang bersesuaian dengan kulit kepala anda.
  • Pilih botol haruman yang tidak terlalu berat dan besar. Walaupun kala bercuti, anda harus tetap mewangi!
  • Biarkan rambut anda bebas daripada sebarang produk rambut sebelum menaiki pesawat. Membiarkan bahan kimia pada rambut terlalu lama boleh merosakkannya.
  • Jangan mengenakan solekan yang tebal kerana ia akan boleh menutup pori-pori yang boleh mengakibatkan munculnya jerawat.
  • Jangan lupa untuk membawa minyak pelembap yang boleh disapukan pada keseluruhan wajah dan badan untuk kegunaan ketika kulit kering dan menggelupas

 

The post Tip Kembara Cantik appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment