Syamsul Yusof Umum Berita Kehamilan Puteri Sarah

Pelakon dan pengarah muda hebat, Syamsul Yusof, 32, akhirnya berkongsi berita kehamilan isterinya, pelakon Puteri Sarah, 30 selepas lama merahsiakannya. Syamsul mengakui telah mengetahui tenatng kehamilan Sarah ketika di minnu Festival Filem Malaysia ke-28 baru-baru ini.

syamsul yusof

Menurut Syamsul dia pada mulanya mahu menyimpan berita gembira itu kepada keluarga dan umum kerana belum bersedia. Namun akhirnya mendedahkan berita tersebut selepas tidak tahan melihat air wajah ibu bapanya termasuk mentua.

Menerusi BH Online, Syamsul berkata kandungan Sarah kini hampor memasuki tiga bulan. “Kini, Sarah kerap mengalami muntah dan cepat penat. Saya turut menasihatinya agar banyak berehat dan tidak lagi perlu ke butiknya di Bangsar,” ujar Syamsul. Sebelum ini Sarah pernah mengalami keguguran dan kali ini Syamsul betul-betul menitik beratkan mengenai kesihatan dan rawatan buat isterinya itu. Dia juga berusaha memenuhi segala permintaan Sarah sekiranya dia mengidam sesuatu.

syamsul yusof

Dalam pada itu, Sarah melahirkan rasa syukur apabila diberikan rezeki untuk hamil lagi. Menurut Sarah kalau diikutkan dia mahukan anak perempuan manakala Syamsul sebaliknya. Namun mereka tidak kisah mengenai jantina bayi asalkan kandungan mereka sihat.

Syamsul dan Sarah kini berada di Jakarta sempena tayangan majlis tayangan gala filem Munafik bersama-sama penerbit, Datuk Yusof Haslam, Nabila Huda dan beberapa pelakon lain. Filem Munafik akan ditayangkan di 30 pawagam di seluruh Indonesia bermula 5 Oktober depan.

Foto: http://ift.tt/2dBIZZC

 

The post Syamsul Yusof Umum Berita Kehamilan Puteri Sarah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment