Solekan Ala Tanpa Solekan

shutterstock_266433200

Gambar : Shutterstock

 

Antara gaya solekan terhangat saban musim. Langkahnya mudah, namun silap memilih ton yang tepat, salah semuanya. Kami tunjukkan caranya!

 

1. Mulakan dengan membersihkan wajah. Elakkan pencuci wajah yang mengeringkan kulit kerana solekan semula jadi mestilah bermula dengan asas kulit yang lembap. Tampak lebih sihat. Selepas mencuci tekap-tekap wajah dengan kain tuala (bukan menggosokkannya).

 

2. Sapukan wajah dengan losen atau penyegar. Ia merapatkan liang pori.

 

3. Lengkapkan proses penyediaan kulit dengan menyapu pelembap. Pilih yang bertekstur ringan dan tidak berwarna. Lebih elok jika yang punya SPF, baik untuk kulit.

 

4. Calitkan penyamar noda (concealer) pada bahagian yang perlu sahaja seperti bawah mata, jerawat atau parut. Jangan terlalu banyak atau tebal. Jika mahukan liputan bedak asas seluruh wajah, boleh sapukan bedak asas. Namun pastikan sapuannya rata. Paling penting ton mesti sepadan dengan ton kulit anda.

 

5. Untuk efek wajah segar, sapukan sedikit pemerah pipi tekstur krim. Sapukannya menggunakan jari pada buah pipi. Pilihan warna koral lebih sesuai dengan ton kulit Asia.

 

6. Kepit bulu mata dan sapukan maskara. Sapuan tipis beri efek semula jadi. Kemudian rias kening.

 

7. Lengkapkan solekan dengan sapuan pelembap bibir. Jika mahu mencalit gincu boleh saja, tetapi pilih rona semula jadi dan teksturnya tidak terlalu pusam dan tidak terlalu berkilat.

The post Solekan Ala Tanpa Solekan appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment