Selebriti Tempatan Mempunyai Adik-beradik Dalam Industri Hiburan

Oleh : Farhana Fuad

 

 

 

Di Hollywood, kita boleh lihat adik-beradik yang menjadi popular dalam industri hiburan seperti Chris dan Liam Hemsworth, Mary Kate dan Ashley Olsen, anak beranak David Beckham termasuklah Brooklyn dan Romeo Beckham serta ramai lagi.

 

Malaysia apa kurangnya, boleh kata ramai juga adik-beradik selebriti yang kian popular masa kini. EH! senaraikan adik-beradik selebriti popular tempatan di bawah.

 

Keluarga Maembong

 

emma

Gambar : Instagram Emma Maembong

 

Boleh kata adik-beradik atau keluarga selebriti yang paling popular di Malaysia setakat ini adalah keluarga Maembong. Yang paling terkenal di antara adik-beradik ini pastinya Emma Maembong yang pernah dikaitkan dengan Zizan Razak dan Kamal Adli. Adik-beradik Emma yang lain termasuklah Chacha, Yaya, Shikin dan Ahmad turut sama menceburi bidang lakonan. Manakala, abangnya, Ahmad Bakri pernah menjadi drummer kumpulan Flop Poppy, Meet Uncle Hussein dan Gerhana Ska Cinta.

 

Keluarga Sharifah Aleya

 

sharifah

Gambar : Instagram Sharifah Aleysha

 

Mewarisi bakat ibu mereka iaitu Fatimah Abu Bakar, seorang guru seni lakonan, Sharifah Aleya dan adik-beradiknya turut menjadi perhatian ramai dalam industri hiburan. Selepas Sharifah Aleya, ia diikuti dengan Sharifah Amani yang terkenal dengan bakat lakonannya yang boleh hebat, dia berkebolehan membawa pelbagai jenis watak. Bakat lakonan itu terus turun kepada Sharifah Aleysha dan adik bongsu mereka iaitu Sharifah Aryana yang kini turut terjun ke bidang yang sama.

 

Keluarga Loy

 

loyd

Gambar : Instagram Elfira Loy

 

Adik-beradik ini ternyata kian terkenal di industri hiburan tempatan. Elfira Loy yang ternyata punya bakat dalam bidang lakonan turut diikuti dengan adiknya yang lain iaitu Ahmad Ezzrin Loy dan Ezlisa Loy.  Dalam masa yang sama, ketiga-tiga beradik ini turut bersama menguruskan kafe yang mereka buka sendiri, Love Me Seven Days Cafe.

 

Sharifah Shahira, Sharifah Sakinah dan Sharifah Norhaslinda

 

combine

Gambar : Instagram Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah dan Sumber Google

 

Pada awal penglibatan dalam industri hiburan tanah air, Sharifah Shahira dan Sharifah Norhaslinda ternyata mempunyai kelebihan yang berbeza. Sharifah Shahira lebih ke arah pelawak dan hos tv, manakala Sharifah Norhaslinda pula berbakat sebagai pelakon air mata. Sharifah Sakinah pula kian melonjak naik namanya dengan mula menceburi bidang lakonan.

 

Keluarga Senrose

 

capture-20160902-190912

Gambar : Instagram Nelydia Senrose

 

Keluarga Senrose dilihat sebagai ‘generasi baru’ dalam kelompok keluarga selebriti. ADik-beradikSenrose terus mendapat perhatian dan ikatan keakraban tiga beradik ini meraih perhatian tersendiri sejak kebelakangan ini. Masing-masing mempunyai mirip wajah yang seakan sama, lebih-lebih lagi Uqasha dan Nelydia Senrose. Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose, ketiga-tiganya sedang rancak membina nama dalam dunia lakonan tanah air.

 

The post Selebriti Tempatan Mempunyai Adik-beradik Dalam Industri Hiburan appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment