Sebab Kenapa Anda Perlu Periksa Botol Minuman

Semua sedia maklum botol minuman diperbuat daripada plastik dan sesetengahnya hanya boleh digunakan sekali sahaja. Walaupun boleh dikitar semula, plastik mengambil masa yang lama untuk terlerai dan mereput secara semulajadi.

maksud logo botol minuman

Jadi lebih baik kurangkan pembelian dan penggunaan plastik termasuk botol minuman plastik. Tapi apa yang ingin ditekankan disini, terdapat logo yang membawa maksud di setiap botol minuman yang anda beli. Jelita kongsikan maksud logo di bawah botol minuman tersebut.

PET atau PETE
PET bermaksud bahan plastik yang dikitar semula yang sering digunakan untuk botol minuman air mineral dan air bikarbonat. Ini bermakna ianya hanya boleh digunakan sekali sahaja. Penggunaan kali kedua boleh menyebabkan jangkitan bakteria. Sila buang selepas anda habis minum!

HDP atau HDPE
HDPE adalah plastik keras yang digunakan untuk botol susu segar, bahan pencuci pakaian, alat mainan kanak-kanak dan sesetengah beg plastik. Bahan plastik ini tidak berbahaya dan anda digalakan untuk memilih jenis ini jika mahu menggunakan semula.

PVC atau 3V
PVC bahan plastik yang lembut dan fleksible yang digunakan sebagai bekas makanan berbungkus, botol minyak masak dan alat mainan kanak-kanak. Elakkan membeli bahan plastik ini kerana ianya mengandungi bahan kimia yang menganggu hormon tubuh.

PP
Plastik yang jernih dan berwarna putih ini digunakan untuk cawan yogurt ataupun sirap. Dikenali sebagai Polypropylene, ianya kuat dan ringan namun tahan panas. Ianya sesuaiuntuk melindungi makanan daripada lembapan, bakteria dan bahan kimia.

PS
Polystyrene adalah bahan plastik yang paling murah dan pelbagai guna. Digunakan untuk bahan pakai buang seperti cawan, pinggan, bekas makanan dan alatan ketika berkelah. Namun jangan gunakannya buat kali kedua. Buang selepas anda selesai menggunakannya.

PC 
Sering digunakan untuk pengeluaran item seperti botol minuman ketika bersukan dan bekas makanan. Ianya adalah bahan plastik paling berbahaya yang anda harus elakkan. Mengandungi bahan kimia yang memudaratkan, ianya mungkin akan melarut dalam minuman atau makanan anda. Jadi selepas ini, sila periksa bahagian bawah botol minuman dan bekas plastik yang anda gunakan.

Foto: 123rf.com

The post Sebab Kenapa Anda Perlu Periksa Botol Minuman appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment