Biscotti, biskut badam Itali yang berasal dari bandar Prato enak dimakan begitu sahaja ataupun dicecah bersama kopi panas.
Biscotti
Bahan-bahan:
300g tepung gandum
200g gula kastor
1 sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil garam halus
3 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
100g badam
Cara Membuatnya:
- Panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah Celsius. Lapik dulang bakar dengan kertas minyak.
- Campurkan bahan kering di dalam mangkuk. Putar telur bersama esen vanila seketika dan masukkan ke dalam adunan tepung. Masukkan badam. Pastikan adunan menjadi doh yang melekit.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan bentukkan memanjang di atas dulang bakar. Panjang doh 25cm dan 5cm lebar.
- Bakar di dalam ketuhar 30 ke 40 minit atau sehingga keperangan pucat.
- Keluarkan dari ketuhar dan hiris tebal 1cm. Susun hirisan di atas dulang dan bakar lagi selama kira-kira 15 minit.
- Terbalikkan hirisan dan bakar lagi 15 minit sehingga keperangan.
- Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
The post Resipi Biscotti Badam appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment