Rakyat Malaysia Berharap Atlet Paralimpik Tidak Diabaikan

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca Jelita. Kemeriahan bertambah meriah apabila kejayaan dua atlet paralimpik Malaysia meraih dua pingat emas. Kejayaan tersebut dilakar menerusi dua atlet iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli.

malaysia raih emas paralimpik 2016

Foto: reuters

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta sejarah negara apabila berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy) di Paralimpik Rio, Brazil pada Sabtu. Ridzuan mencatat masa 12.07 saat mendahului 0.13 saat dihadapan pelari dari China, Yang Yifei. Manakala pingat emas kedua negara diraih Ziyad Zolkefli yang berjaya mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Muhammad Ziyad berjaya meraih lontaran sejauh 16.84 meter untuk mencipta rekod dunia dan memungut emas dalam cubaannya yang kelima dan memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012. Sebelum ini Malaysia pernah meraih pingat perak dan gangsa di Sukan Paralimpik namun kali ini berjaya meraih dua pingat emas.

Rata-rata rakyat Malaysia yang memberikan ucapan buat duat atlet ini di laman sosial, mengharapkan mereka menerima hadia dan ganjaran yang setimpal seperti yang dijanjikan oleh kerajaan. Mereka juga berharap atlet Paralimpik tidak diabaikan dan menerima layanan sama rata seperti atlet kebangsaan lain.

Dalam pada itu dua atlet yang menyumbangkan pingat buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio lalu, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong turut memberikan ucapan tahniah buat Mohamad Ridzuan dan Muhammad Ziyad Zolkefli. “When @pridzuan won Malaysia first ever Paralympics gold medal, I’m feeling so proud. Congratulations champion!!!” kata Pandelela. Manakala Azizulhasni sangat berbangga dengan pencapaian mereka.“Congratulations Ridzuan Puzi for the first Gold Medal at the Paralympic Games. You’re such an inspiration for the nation. Well done bro!”, ujar Azizulhasni. Tahniah buat kedua atlet paralimpik Malaysia daripada Jelita. Semoga ianya menjadi pembakar semangat buat atlet lain dalam usaha meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Rio, Brazil 2016.

The post Rakyat Malaysia Berharap Atlet Paralimpik Tidak Diabaikan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment