Priyanka Chopra Bakal Tinggalkan Bollywood?

Oleh : Farhana Fuad

Gambar : Sumber Google

 

 

 

priyanka-chopra-at-abc-panel-at-2016-winter-tca-tour-in-pasadena-01-09-2016_2

 

Ketika ini aktres jelita Bollywood ini dikatakan bakal meninggalkan dunia lakonan di negaranya sendiri. Priyanka Chopra yang sedang sibuk dengan penggambaran untuk siri tv saluran ABC TV, Quantico dilaporkan bakal menyambung kontrak lakonan lima tahun lagi bersama siri itu.

 

Karier Priyanka tampaknya berjalan agak baik, khabar angin mula bertebara  yang menyatakan dia bakal berpindah ke Amerika Syarikat. Apa yang menguatkan lagi khabar angin tersebut pabila Priyanka tidak menandatangani mana-mana kontrak filem lagi bersama Bollywood meskipun dia telah pulang ke India selama sebulan baru-baru ini

 

Persoalan terus berlegar apabila media Bollywood mendapati sebuah akhbar tabloid melaporkan yang Priyanka bakal berpindah ke Los Angeles untuk lima tahun lagi untuk mengukuhkan kariernya di Hollywood.

 

Sumber juga mengatakan yang jika sidang media Quantico 2 berjalan lancar, dia akan menetap di LA untuk lima tahun, tetapi segalanya bergantung pada Quantico 2 dan bagaimana penerimaan ke atasnya.

 

Priyanka sebelum ini pernah menerima tawaran lakonan untuk filem Bollywood, tetapi tidak semua yang membuatkan dirinya cukup teruja untuk menerimanya. Pelakon Bollywood ini juga telah pun membeli sebuat pangsapuri di LA, dan ini sekaligus menguatkan kepercayaan itu.

 

Namun, Priyanka telah menulis satu Tweet berbunyi “Saya telah bangun dengan berita yang agak mengejutkan kadang-kala. Saya sedang memainkan watak di dalam siri Quantico di NYC, rumah saya tetap adalah Mumbai. Tiada kata LA di dalam perancangan saya!”

 

Sekarang ini tersebar di dunia Bollywood yang mana aktres ini sedang sibuk merangka skrip dan akan mengumumkan projek terbarunya di India pada hujung tahun ini.

The post Priyanka Chopra Bakal Tinggalkan Bollywood? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment