Pori Wajah Besar?

Semua wanita mendambakan kulit yang licin dan mulus bak sutera. Namun, tidak semua dikurniakan dengan kulit wajah yang cantik tanpa sebarang cela. Apabila memasuki saja usia remaja, pelbagai masalah kulit melanda akibat perubahan hormon dan ia berterusan sehingga menjengah usia matang. Jerawat,bintik hitam dan liang pori besar antara ‘musuh ketat’ wanita.

Pada umumnya, setiap orang mempunyai liang pori terbuka luas dan besar, dan dua kali ganda lebih besar apabila berusia sekitar antara 25 hinggan 50 tahun.  Keadaan ini akan  menyebabkan kulit wajah tampak kasar dengan permukaan tidak sekata.

Hakikatnya, liang roma mula muncul selepas akil baligh, iaitu apabila mulanya pengeluaran androgen. Berdasarkan kajian dilakukan, liang roma akan membesar serta-merta dan mengeluarkan minyak sejajar dengan perubahan hormon apabila remaja meningkat dewasa.

Antara faktor-faktor munculnya liang pori besar ini adalah:

  • Terdedah kepada sinaran UV yang berlebihan
  • Merokok
  • Penuaan
  • Genetik
  • Mengamalkan diet dan gaya hidup yang tidak sihat
  • Perubahan hormon

Bagaimana pori wajah boleh menjadi besar?

Hormon dalam badan seseorang mempengaruhi penghasilan sebum (minyak) di kalenjar. Jika penghasilan sebum normal, aliran minyak berlangsung dengan baik. Namun, terjadinya masalah apabila kalenjar minyak menghasilkan terlalu banyak bendalir. Lebihan minyak ini akan bercampur dengan bendasing pada permukaan wajah seperti sel kulit mati yang menyebabkan pori tersumbat, sekali gus pori membesar dan mengembang.

Jom semak apakah Do’s dan Dont’s yang perlu anda tahu bagi mengatasi masalah liang pori yang besar ini.

Do’s

  1. Gunakan produk pencuci wajah bebas sabun, lembut serta bertindak balas sempurna dengan air. Pencuci wajah yang mengeringkan akan membuat kulit pedih  dan meninggalkan kesan merah serta iritasi.
  2. Serap lebihan minyak di wajah dengan penggunaan pupur jenis lumpur. Pupur wajah dihujung minggu dengan menggunakan bahan -bahan semulajadi seperti putih telur, timun dan tomato.
  3. Guna produk yang mengandungi kandungan anti oksida yang  tinggi. Selain mampu menjadikan kulit sihat, ia mengurangkan kesan kedutan .
  4. Pastikan anda berbincang dan merujuk kepada pakar jika bercadang ingin mengambil sebarang pil atau ubat yang boleh menjejaskan hormon badan anda.

 

 

Dont’s 

  1. Berhenti gunakan produk yang menyebabkan penghasilan minyak pada wajah yang lebih banyak. Contohnya, produk yang berciri krim adalah pilihan yang salah buat mereka yang mempunyai kulit berminyak.
  2. Jangan tidur dengan solekan di wajah! Bukan sahaja ia menyebabkan pori tersumbat, malah menggalakkan kemunculan  bintik hitam dan kulit kusam.
  3. Jika anda menggunakan penyamar noda bagi menutup cela,hati-hati kerana ia mungkin akan membuatkan liang pori tersumbat dan sukar untuk anda membersihkan solekan dengan sempurna.

The post Pori Wajah Besar? appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment