Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba timbul isu perbalahan di antara penyanyi dangdut Mas Idayu dan bekas ahli kumpulan Elite, Abby Abadi. Apa yang membuatkan Mas Idayu berang dengan kenyataan Abby?
Semuanya berlaku apabila Abby Abadi memuat naik foto screen capture komen seorang peminat mengenai aksi pelukan di antara Mas Idayu dan seorang pelajar lelaki di Akademi Fantasia musim baru ini. Abby mengulas semula komen tersebut dan merasakan pelukan tersebut adalah maksiat secara terangan.
Menurut Abby, teguran tersebut adalah secara umum dan dia juga tidak melanggan Astro apatah lagi menonton rancangan hiburan lagi. Abby menyatakan kekecewaannya terhadap isu pelukan seperti itu dan berharap pihak berkuasa memantaunya. Abby juga tidak menonton Akademi Fantasia dan dia tidak mengetahui siapakah tenaga pengajar yang bergelar ‘Mami’ itu.
Susulan kenyataan Abby, Mas Idayu membalas teguran tersebut dengan sindiran pedas di Instagramnya. Mas Idayu merasakan teguran yang diberikan Abby seperti mahu menumpang popularitinya. Malah guru persembahan vokal untuk AF 2016 itu turut menggesa Abby yang bertudung itu supaya turut menutup mulut.
Isu terbabit tidak terhenti di situ apabila Abby membalas semula sindiran Mas Idayu. Abby menjelaskan dia tidak pernah menyebut nama sesiapa dan hanya memberi teguran secara umum. Dakwaan yang mengatakan dia cuba menumpang populariti Mas Idayu disangkal dengan baik. Tambah Abby dia sudah tidak peduli dengan dunia hiburan kerana pernah merasa saat berada dikemuncak.
Perbalahan Mas Idayu dan Abby Abadi menjadi trending di laman sosial semalam. Rata-rata netizen mempertahankan tindakan Abby dan merasakan Mas Idayu sepatutnya mengambil teguran tersebut dari sudut positif. Mas Idayu sememangnya dikenali sebagai antara selebriti yang lantang bersuara.
Foto: Instagram.com
The post Perang Besar Mas Idayu Dan Abby Abadi appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment