[Menu Berpantang] Hati Masak Kicap Berkerisik

Hati Masak Kicap Berkerisik, menu khusus untuk wanita yang sedang menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan zuriat tersayang.

Hati Masak Kicap Berkerisik

Saiz hidangan: 2
Tempoh penyediaan: 30 minit

img_0448x

Bahan-bahan:
300g hati lembu, rebus sebentar dan dipotong nipis
1 sudu besar kerisik
½ sudu besar gula merah
2 tangkai daun kari
1 sudu besar kicap biasa
1 sudu kecil kicap pekat
3 sudu makan air asam jawa
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar:
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 bawang merah
6 tangkai cili kering, dipotong pendek
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dan goreng hati selama tiga minit. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan dalam dua sudu besar minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan kicap biasa, kicap pekat, air asam jawa, gula merah, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan hati . Masak hingga kuah pekat dan masukkan kerisik. Kacau sebati.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

The post [Menu Berpantang] Hati Masak Kicap Berkerisik appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment