Antara masalah yang sering dihadapi wanita hamil ialah kencing manis. Selalunya, mereka menghidap kencing manis gestational yang disebabkan perubahan tindak balas wanita tehadap hormon insulin ketika hamil. Insulin menyebabkan gula masuk ke dalam sel badan yang kemudiannya menjadi sumber tenaga.
Ketika hamil, tindak balas sel badan wanita hamil terhadap insulin kurang berkesan. Kenaikan paras hormon insulin wanita hamil berlaku untuk memastikan paras gula yang normal. Namun kepada sesetengah wanita hamil, kenaikan hormon insulin ini tidak cukup untuk memastikan paras gula yang normal. Keadaan ini menyebabkan kencing manis gestational.
Berikut adalah pemakan yang sesuai untuk wanita hamil yang menghidap kencing manis:
- Wanita hamil yang menghidap kencing manis perlu makan pada waktunya tanpa meninggalkan waktu makan. Waktu makan utama adalah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Waktu makan tambahan adalah waktu minum pagi (sekitar jam 10 pagi), waktu minum petang (sekitar jam empat petang) dan waktu minum malam (sekitar jam 10 malam).
- Makanan karbohidrat hendaklah mempunyai index glisemik yang rendah kerana ia mengeluarkan gula secara perlahan seperti beras perang, roti whole-meal, bijirin, capati dan kacang.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran amat penting ketika hamil terutama bagi yang mempunyai masalah kencing manis. Selain membantu mengawal paras gula, buah dan sayur boleh mengurangkan risiko sembelit ketika hamil.
- Elakkan minuman bergula seperti minuman dalam kotak dan tin yang mengandungi gula yang tinggi. Baca label minuman sebelum beli. Minuman tiga dalam satu, coklat, gula-gula dan minuman ringan biasanya sangat manis dan perlu dielakkan jika wanita hamil menghidap kencing manis.
- Pastikan sumber protein seperti daging yang dimasak sepenuhnya dan lemak perlu dibuang sebelum masak.
The post Makanan Sesuai Untuk Ibu Hamil appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment