Oleh : Farhana Fuad
Mungkin kita pernah terlintas di fikiran akan berapakah nilainya mahkota-mahkota milik kerabat di-raja. Tetapi tidak ramai yang tahu akan nilai sebenarnya meskipun ia diwarisi turun-temurun.
Mahkota selalunya dikaitkan dengan permaisuri. Ia merupakan aksesori di-raja yang menyempurnakan look seseorang permaisuri itu. Sebut sahaja perkataan permaisuri apa yang terbayang di minda adalah seorang yang sempurna dan ternyata bergaya mewah.
Selalunya mahkota ini direka dengan penuh ketelitian dan setiap ukiran emas serta berlian dan batu yang menghiasi mahkota mempunyai nilai yang sangat tinggi. Tetapi adakah anda tahu nilai sebenar mahkota di-raja?
EH! senaraikan lima mahkota di-raja yang termahal di dunia.
Czech Republic
Gambar : Shutterstock
Mahkota kerajaan Czech Republic direka pada tahun 1347. Ia merupakan sebahagian harta Czech. Ia juga terkenal sebagai Bohemian Crown Jewels. Dalam banyak-banyak harta milik kerajaan di Eropah ini, mahkota ini adalah yang paling tinggi nilainya. Ia dihasilkan dengan emas 22k dan dihiasi dengan batu delima, mutiara, zamrud dan banyak lagi jenis batu yang tinggi nilainya.
Denmark
Gambar : Sumber Google
Mahkota milik kerajaan Denmark ini dihasilkan pada tahun 1551. Ia direka oleh Didrik Fyren dan siap pada tahun 1596. Direka dengan emas dan kemudiannya disempurnakan dengan mutiara dan batu mewah. Ditambah pula dengan berlian bernilai tinggi untuk jadikannya lebih eksklusif dan yang termahal.
Bavaria
Gambar : Sumber Google
Raja di Bavaria memiliki sebuah mahkota yang direka dengan berlian, zamrud dan batu delima. Ada yang kata yang mahkota ini tidak boleh digantikan dengan wang, tetapi anggaran nilai mahkota milik Raja Bavaria ini mencecah hampir 17 juta USD.
Mahkota kerajaan Austria ini adalah yang paling penting dan disebabkan itu ia disimpan di Vienna. Sejarah menyatakan yang mahkota ini pernah dipakai oleh Roman Emperor dan kemudiannya Emperor of Austria pada tahun 1806. Ia adalah koleksi di-raja terbaik dalam dunia. Mahkota ini mempunyai batu berlian Wittelsbach 36k dan dikatakan nilai mahkota ini bernilai hampir 18 juta USD.
Mahkota yang paling mahal di dunia adalah milik kerajaan United Kingdom. Mahkota ini dipakai oleh kerabat Diraja United Kingdom dan ia merupakan sebuah mahkota yang cantik dan dianggarkan mencecah 39 juta USD nilainya.
The post Mahkota Diraja Termahal Di Dunia appeared first on EH!.

0 comments :
Post a Comment