Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Sumber Google dan Shutterstock
Pernah tak anda terfikir dimanakah lokasi penggambaran filem Harry Potter atau mungkin Lord of The Ring? Sememangnya dengan teknologi canggih masa kini segalanya boleh dirakam dengan hanya berlatarkan green screen. Tetapi ada juga lokasi yang benar wujud seperti mana yang diabadikan dalam filem blockbuster.
Ada diantaranya boleh anda lawati. Jadi, EH! senaraikan lokasi penggambaan filem blockbuster di bawah. Mana tahu boleh disertakan dalam senarai tempat mesti pergi kala melancong ke luar negara.
Hotel di dalam filem The Grand Budapest Hotel
Sebuah stor beli-belah yang dipanggil Görlitz di Berlin dibina pada abad ke-20 yang sepatutnya dirobohkan telah dipilih sebagai salah satu lokasi penggambaran filem The Grand Budapest Hotel. Lobi utama di bangunan lama ini masih lagi mempunyai ciri-ciri asli rekaan lama. Dari tangga, tingkap dan chandelier yang tersergam indah di tengah lobi, segalanya masih yang asli.
Kolam Bawah Tanah di dalam filem 127 Hours
Di dalam filem 127 Hours lakonan James Franco sebagai Aron Ralston, terdapat babak Aron berenang di kolam bawah tanah ini bersama dua orang pendaki. Kolam tersebut dikatakan mempunyai kedalaman sejauh 55kaki. Ia sebenarnya adalah kolam air panas semula jadi yang terletak di Resort Homestead di Midway, Utah.
Sekolah Xavier di dalam filem X-Men
Menerusi filem bersiri blockbuster X-Men, Sekolah Xavier yang khusus untuk Gifted Youngsters mengambil tempat di Hatley Castle. Rekaan luar istana tersebut menjadi simbolik akan sekolah tersebut. Istana ini terletak di Colwood, British Columbia di Greater Victoria.
Hogwarts di dalam filem Harry Potter
Sebenarnya Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry di dalam semua filem siri Harry Potter mengambil tempat di beberapa lokasi di sekitar England. Gereja dan kolej Christ di Oxford digunakan disebabkan rekaan tangga abad ke-16, gereja Gloucester pula berdasarkan hallway sekolah berkenaan, dan banyak lagi. Majoritinya penggambaran filem kegemaran ramai ini memilih rekaan dan dekorasi berasaskan rekaan gereja dan kolej Christ dan gereja Durham.
Perkampungan Hobbit di dalam filem Lord of the Rings
Rumah Hobbit ini benar-benar wujud! Anda boleh lawatinya di Matamata, Waikato New Zealand. Ia direka khas untuk perfileman The Hobbit Trilogy. Peminat filem Lord of the Rings dan The Hobbit jangan lepaskan peluang untuk lawati lokasi ini kala kembara di negara sejuk ini.
The post Lokasi Penggambaran Filem Blockbuster Yang Boleh Dilawati appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment