Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Shutterstock
Siapa yang tak mahu bulu mata panjang dan melentik bukan? Boleh kata majoriti wanita mahukan rias mata yang menawan dengan bulu mata lebat dan panjang. Tetapi hakikatnya, purata lelaki dengan bulu mata panjang melentik lebih ramai dari wanita.
Nak tahu apa triknya untuk buatkan bulu mata kekal lentik sepanjang hari? EH! singkap empat trik yang boleh anda lakukan setiap hari.
Guna pengering rambut atau air suam
Mungkin kedengaran agak merbahaya, tetapi percayalah yang ia berkesan. Tekniknya seakan sama dengan penggulung rambut. Caranya adalah dengan panaskan pelentik bulu mata dengan pengering rambut atau air suam sebelum menggunakannya. Memanaskannya dengan suhu yang betul membantu anda untuk mendapatkan hasil yang lebih tahan lama. Tetapi pastikan anda periksa suhu besi pelentik terlebih dahulu dengan jari atau lengan sebelum menggunakannya. Takut melecur pula nanti.
Guna sudu
Trik ini agak berisiko untuk mata tetapi hasilnya cukup memuaskan! Apa yang anda perlukan adalah satu sudu teh dan sebuah cermin. Letakkan sudu di atas kelopak mata (pastikan lengkuk sudu menghadap keluar). Gunakan ibu jari dan jari telunjuk, tekan lapisan bulu mata ke atas hujung sudu. Lakukannya secara perlahan-lahan.
Pilih maskara kalis air
Sesetengah wanita menyapu maskara pada bulu mata sebelum melentikkannya. Namun, hasilnya pasti tidak tahan lama. Sama juga dengan teknik disebaliknya. Cara yang boleh kekalkan bulu mata agar lentik lebih lama adalah dengan menggunakan maskara kalis air. Maskara kalis air direka dengan formula kering dan boleh mengekalkan lentikan bulu mata lebih lama berbanding maskara biasa.
Sapu vaseline
Teknik sapuan vaseline sebelum melentikkan bulu mata boleh mengekalkan lentikan bulu mata. Sapukan Vaseline ke atas bulu mata dan lentikkannya menggunakan pelentik bulu mata. Vaseline juga berfungsi untuk melindungi bulu mata anda.
The post Lentikkan Bulu Mata Dengan Pengering Rambut appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment