Lipstik merupakan ‘senjata’ asli wanita. Dengan hanya sekali olesan, ia mampu untuk mengubah penampilan dan meningkatkan keyakinan diri seseorang. Siapa mampu menolak rona sensual, merah cili? Shiseido Rouge Rouge hadir dengan 16 rona yang memukau, pastinya sesuai untuk semua warna kulit dan melengkapkan penampilan anda agar lebih menyerlah.
Shiseido, jenama kosmetik daripada Jepun percaya semua wanita berhak untuk tampil cantik tidak kira apa jua situasi yang melanda. Seiring dengan pelancaran rangkaian lipstik yang baru, Shiseido turut memperkenalkan sebuah kempen yang dikenali sebagai ‘Kiss For Love’, kempen khusus untuk menolong mereka yang memerlukan. Lebih menarik, Shiseido telah berkolaborasi dengan sebuah persatuan kebajikan iaitu, All Women’s Action Society (AWAM).
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Kiss For Love’?
Shiseido berharap dengan adanya kempen ini, ia mampu untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam dan juga menyumbangkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bagi meningkatkan keyakinan diri yang lebih tinggi dan juga masa depan yang lebih cerah.
Bagi anda yang prihatin dan berminat untuk menyumbangkan sesuatu, anda boleh menyertai kempen ini melalui siri jelajah Shiseido Rouge Rouge di Lembah Klang dan juga Kuala lumpur. Caranya mudah, anda hanya perlu lakukan lip makeover dan tinggalkan kesan lipstik anda pada panel yang telah disediakan di siri jelajah tersebut. Dengan setiap kesan lipstik yang ditinggalkan pada panel itu, ia membawa nilai sumbangan RM1 kepada AWAM.
Usah lepaskan peluang anda untuk menyertai kempen ini pada siri jelajah yang terakhir iaitu pada 28 dan 29 September 2016 bertempat di Wisma Cosway.
The post KISS FOR LOVE CAMPAIGN OLEH SHISEIDO appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment