Kim Kardashian ‘Disondol’ Oleh Peminat Fanatik

 

kim-kardashian-1-0c943917-9927-4d2f-b4ad-cf3c1c654ec0

 

Kali ini giliran Kim Kardashian pula yang menjadi serangan peminat agresif di tempat awam. Peminat agresif yang digelar prankster bernama Vitalii Sediuk ini dirakam cuba untuk mencium punggung selebriti popular ini ketika baru sahaja keluar dari keretanya di Paris.

 

Bintang Keeping Up With The Kardashians ini tiba di sebuah restoran di Paris dan pabila berjalan menuju ke restoran tersebut yang dikeliling paparazi serta peminat lain, Vitalii dengan tiba-tiba berlari ke arahnya dan mencium punggung Kardashian.

 

Kim Kardashian out and about in Paris Featuring: Kim Kardashian Where: Paris, France When: 28 Sep 2016 Credit: WENN.com **Not available for publication in France**

 

Pengawal peribadi Kardashian, Pascal Duvier dengan pantas menangkap Vitalii dan membaringkan prankster itu di atas lantai. Ini bukanlah kali pertama Vitalii melakukan prank berani mati sebegini kepada Kardashian.

 

Sebelum ini, Vitalii turut pernah menyerang Kardashian bersama suaminya Kanye West di Paris Fashion Week sehingga menyebabkan selebriti popular ini hampir terjatuh. 

 

 

Minggu lalu, Gigi Hadid juga menjadi mangsa serangan Vitalii yang menarik dan mengangkatnya. Gigi yang terkejut dengan situasi tersebut terpaksa menggunakan kekerasan dengan menyiku wajah prankster tersebut. 

 

Bukan hanya Kardashian dan Gigi yang pernah menjadi mangsa Vitalii, malah Bradley Cooper, Miranda Kerr, Will Smith, America Ferrera dan Brad Pitt juga pernah mengalami situasi serupa.

 

Paling teruk, Vitalii pernah bertindak menumbuk wajah Brad Pitt di karpet merah tayangan perdana Maleficent. Disebabkan itu, Vitalii terus dilarang di mana-mana acara rasmi di Hollywood.

 

EH! kongsi video rakaman ketika insiden serangan Vitalii Sediuk ke atas Kim Kardashian di Paris.

 

 

 

The post Kim Kardashian ‘Disondol’ Oleh Peminat Fanatik appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment