Pelbagai persoalan sering menghantui diri anda. Malah ianya mengganggu tidur serta membuatkan anda adakalanya tidak bersemangat setiap hari.
Jelita bantu anda dengan soalan-soalan ini dan anda perlu menjawabnya di atas kertas. Jawapan yang diberikan mestilah jujur dan ikhlas dari hati. Sediakan sekeping kertas dan anda boleh menjawabnya ketika waktu lengang di pejabat mahupun dirumah. Secara psikologinya, dengan menjawab soalan yang diberikan, sedikit sebanyak anda tahu apa yang anda mahukan dalam hidup. Jom mulakan.
1. Manakah situasi lebih teruk: Mengalami kegagalan atau tidak pernah menyahut sebarang cabaran?
2. Jika anda mampu mengubah sesuatu di dunia, apakah yang akan anda lakukan?
3. Jika duit adalah kebahagian, pekerjaan apakah yang anda rasa akan membuatkan anda kaya? Dan jika pekerjaan itu membuatkan anda kaya, adakah anda pasti akan bahagia?
4. Jika anda mendapat tahu yang hayat anda hanya sehingga usia 40 tahun, apakah benda yang akan anda mahu ubah atau lakukan?
5. Jika anda perlu memberikan nasihat yang ringkas kepada seorang kanak-kanak, apakah nasihat yang anda mahu berikan?
6. Adakah anda sanggup melanggari peraturan dan undang-undang demi menyelamatkan nyawa orang yang anda sayangi?
7. Perkara apakah yang membuatkan anda gembira tetapi mungkin tidak bagi orang lain?
8. Perkara apakah yang anda mahu lakukan dalam hidup namun terhenti di pertengahan jalan. Apakah yang membuatkan anda berhenti memperjuangkannya?
9. Adakah anda sedang menahan daripada meluahkan sesuatu yang sudah lama anda pendamkan?
10. Masihkan anda ingat yang anda tidak segembira sekarang seperti lima tahun dahulu?
Baiklah, jika anda telah menjawab kesemua soalan, simpan ia sebagai nota hidup supaya selepas ini jika anda masih bersedih, baca jawapan yang anda telah jawab. Menurut pakar psikologi, manusia akan lebih memahami sesuatu situasi dengan menulisnya di atas kertas dan membacanya berulang kali.
Foto: 123rf.com
The post Ketahui Jawapan Kepada Masalah Yang Menghantui Diri Anda appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment