Kerana Busana! Rihanna Hampir Tergelincir Di Pentas MTV VMA 2016

Oleh : Julia Azman

Gambar : Sumber Google

 

 

Penerima anugerah lifetime achievement, Michael Jackson Video Vanguard 2016 yang turut menampilkan bukan satu tapi empat persembahan berbeza ritma rentak lagu penuh bertenaga. Jangan lupa, Rihanna juga digelar ikon fesyen dan dia tampil dalam pelbagai seleksi persalinan menarik. Thanks to her! Pentas VMA 2016 hidup dengan elemen fesyen up-to-date.

 

1. PERSEMBAHAN 1PINK FAIRY

 

NEW YORK, NY - AUGUST 28: Rihanna (C) performs onstage during the 2016 MTV Video Music Awards at Madison Square Garden on August 28, 2016 in New York City. (Photo by Michael Loccisano/Getty Images)

 

Padanan antara bodysuit Cookie Ringer dari Hood by Air dalam palet rona merah jambu yang direka khas bersama korset berlengan dan seluar longgar sangat menampakkan gaya favourite RiRi. Lebih menarik ditambah pula dengan aksesori kaca mata bersegi,Cutler and Gross dan kasut berbulu, Comme des Garçons.

 

2. PERSEMBAHAN 2BARBADOS MOOD

 

rihanna-vma-16-2-1472437239

 

It’s her thing! Persembahan kedua lebih meriah dengan susunan lagu  dari Rude Boy, What’s My Name hinggalah Work. Dia tampil dalam persalinan fancy dan boyish seperti bra berbulu, baju-T putih dijadikan hoodie, aksesori kepala durag, stokin fishnet hijau dan seluar tailored.

 

3. PERSEMBAHAN 3- HIGH FASHION GIRL!

 

NEW YORK, NY - AUGUST 28: Rihanna performs onstage during the 2016 MTV Video Music Awards at Madison Square Garden on August 28, 2016 in New York City. (Photo by Jason Kempin/Getty Images)

NEW YORK, NY – AUGUST 28: Rihanna performs onstage during the 2016 MTV Video Music Awards at Madison Square Garden on August 28, 2016 in New York City. (Photo by Jason Kempin/Getty Images)

 

Persalinan untuk persembahan ketiga ini hampir sama konsep dengan persalinan konsert jelajahnya tetapi diberikan padanan lebih ekstravaganza dan eksklusif. Persalinan leotard dan kasut but over-the-knee dari Vetements yang berkolaborasi bersama Manolo Blahnik dan dilengkapkan bersama sarung tangan baldu jemeki, Juicy Couture. Walaupun ada yang mengkritik tidak suka dengan lipatan sebelah kasut butnya tetapi bila sudah namanya ikon stail, pakai macam mana pun tetap nampak bergaya.

 

4. PERSEMBAHAN 4- HAUTE COUTURE PRINCESS

 

gallery-1472446984-gettyimages-597576854

 

Mengakhiri persembahan penuh classy dan live! Dia mengenakan gaun kembang bersama tali gromet dari himpunan Haute Couture Alexandre Vauthier.

 

5. AFTER PARTY LOOK

 

rihanna-vma-16-5-1472479058

 

Walaupun show di pentas VMA 2016 berlalu, Rihanna masih lagi gigih menggayakan persalinan paling menarik! Jumpsut berambu rona hijau menyerlahkan lagi tubuh badannya dan dia tampak begitu ceria

 

 

The post Kerana Busana! Rihanna Hampir Tergelincir Di Pentas MTV VMA 2016 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment