Filem ‘Train To Busan’ mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia. Mengisahkan tentang sebuah bandar yang dijangkiti virus zombie dan menular ke seluruh negara, filem itu kini telah mencecah keuntungan hampir 100 juta dolar US. Jom kenali lebih dekat barisan pelakon filem yang telah mencetuskan fenomena ini.
Gong Yoo
Gong Yoo membawakan watak utama sebagai bapa yang dalam perjalanan menghantar anaknya ke Busan menemui bekas isterinya. Gong Yoo atau nama penuhnya, Gong Ji-chul, 37, merupakan pelakon dan pengacara popular serta bekas bintang program Running Man pada tahun 2013. Menariknya, Gong Yoo dilaporkan merayu pengarah filem ini untuk mempertimbangkannya berlakon dalam sekuel Train To Busan 2 walaupun wataknya telah mati. Sambutan yang diterima oleh filem ini membuatkan Gong Yoo popular kembali dan dia turut menerima pujian diatas lakonannya yang bagus.
Kim Su-An
Pelakon cilik ini membawakan watak anak perempuan kepada Gong Yoo. Su-An telah memenangi tiga anugerah sebelum ini iaitu Acting Award dan Great Actress Award menerusi filem Sprout dan Best New Actress untuk filem Mad Sad Bad. Su-An, 10, mula berlakon pada usia 5 tahun dan kini menjadi antara pelakon kanak-kanak yang hebat di Korea Selatan.
Jung Yu-Mi
Tidak siapa sangka watak ibu mengandung lakonannya merupakan watak yang terakhir selamat dan hidup sehingga ke hujung filem. Yu-Mi dilaporkan bakal muncul untuk sekuel Train To Busan 2, namun masih belum ada keputusan muktamad daripada pengarah. Yu-Mi, 33, telah memenangi pelbagai anugerah dan telah berlakon lebih daripada 20 buah drama dan filem.
Ma Dong-Seok
Ramai mengatakan bahawa watak Ma Dong atau lebih dikenali sebagai Don Lee merupakan hero sebenar dalam filem ini. Don Lee, 45, adalah antara aktor yang berpengalaman dan dikhabarkan wataknya akan dikembangkan dalam sekuel nanti. Dalam filem Train To Busan, watak Don Lee dijangkiti virus zombie dan akhirnya menjadi salah satu daripada zombie.
Ahn So-Hee
So-Hee atau dikenali sebagai Sohee, 24, merupakan bekas anggota kumpulan Wonder Girls yang juga pelakon, duta produk, model dan selebriti popular. Sohee pernah menjadi penghias muka depan majalah antarabangsa popular antaranya Vogue, Elle dan Cosmopolitan Korea. Dia yang membawakan watak pelajar sekolah akhirnya turut dijangkiti virus zombie.
Foto: tpgimages.com
The post Kenali Pelakon Filem Train To Busan Lebih Dekat appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment