Gambar: Shutterstock
Setiap negara mempunyai penyakit yang berbeza. Ini bergantung kepada iklim domestik, parasit dan serangga serta tahap kebersihan masyarakat.
Badan terdedah dengan persekitaran baru dan keletihan akibat perjalanan, sekali gus melemahkan imunisasi badan. Beberapa penyakit yang perlu anda tahu dan betapa besar risikonya pada anda.
Dysentery atau TD (traveller’s diarrhea)
Apabila bercuti, makanan adalah yang wajib dicuba. Namun, kadang-kadang ia mendatangkan mudarat apabila kebersihan tidak dijaga dan sistem badan tidak dapat menerima perubahan budaya makanan. Diarea atau lebih dikenali dengan cirit birit menyebabkan badan kekurangan air dan lemah.
Demam denggi
Di kebanyakan negara Asia yang dikategorikan kawasan tropika, demam denggi bukanlah sesuatu yang asing. Justeru, bagi mereka yang bercuti di kawasan ini, sediakan ubat pencegah serangga serta semburan yang boleh mengelakkan gigitan nyamuk.
Malaria
Satu lagi penyakit yang boleh didapati akibat gigitan nyamuk. Penyakit ini berleluasa di negara seperti Afrika Selatan. Demam yang berlanjutan sehingga lebih tujuh hari jangan dipandang enteng oleh pengembara atau mereka yang sedang bercuti. Penyakit ini boleh mendatangkan maut.
Sengkenit
Lebih dikenali dengan nama kutu babi atau panggilan saintifiknya Cimex, parasit luaran ini memakan darah pada kulit manusia, burung dan binatang reptilia serta amfibia. Kesan gigitan menyebabkan kegatalan sehingga berhari lamanya. Ia boleh menyebarkan penyakit Hepatitis B dan jangkitan kuman lain. Mudah didapati di kawasan katil yang tidak bersih dan panas.
Hepatitis
Terdapat banyak jenis penyakit Hepatitis. Antaranya, Hepatitis A yang mudah didapati melalui makanan yang tidak dimasak dengan betul dan air yang tercemar. Selain itu, ia juga boleh berjangkit melalui hubungan seks tidak selamat. Mengambil masa sehingga enam minggu untuk mengesan simptomnya selepas anda dijangkiti.
Parasit
Ada banyak parasit yang boleh mengganggu kesihatan ketika bercuti. Antaranya cacing pita, jangkitan usus serta kulat. Makan makanan yang tidak dimasak sempurna serta buah atau sayur yang tidak dibasuh menggalakkan jangkitan cacing pita. Apabila dijangkiti, ia akan hidup dalam sistem usus dan menyerap karbohidrat serta protein dalam badan.
Tifoid
Nama saintifik untuk demam kepialu. Jangan pandang rendah kerana penyakit ini terdapat di seluruh dunia. Ia merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria. Penyakit ini hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia. Simptomnya adalah demam panas, lemah badan, sakit kepala, hilang selera makan dan sakit perut.
The post Jenis Penyakit Yang Menyerang Orang Bercuti appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment