Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Shutterstock
Bila rakan baik minta untuk meminjam pakaian, mungkin anda masih boleh kata okey. Tetapi kalau sehingga ingin meminjam item-item kecantikan ini, sebaiknya terus-terang sahaja untuk katakan yang anda tidak selesa untuk berkongsi.
Mungkin masih ramai yang tak sedar bahawa apabila alatan kecantikan ini dikongsikan bersama sahabat atau teman, ia boleh mengundang pelbagai penyakit merbahaya untuk kesihatan.
EH! senaraikan item kecantikan yang tidak boleh dikongsi di bawah.
Berus Mencuci Wajah
Ia seolah sama dengan berus gigi. Takkan anda mahu berkongsi berus gigi bukan? Berus pencuci wajah memerangkap banyak kotoran dan sel kulit mati. Ia sekaligus menjadikan tempat di mana bakteria merebak. Biarpun ia sudah dicuci, pastinya anda tidak mahu kuman yang melekat pada berus tersebut berada di atas kulit anda pula bukan? Seeloknya elakkan dari berkongsinya ok kalau tak nak kulit berjerawat.
Gincu bibir
Kalau tak nak bibir anda dijangkiti penyakit seperti virus herpes simplex yang menyebabkan kulit bibir kering dan berpecah-pecah serta selsema, elakkan dari berkongsi gincu bibir. Boleh kata ramai juga wanita yang tak kisah berkongsi lipstik dengan sahabat karib sedangkan banyak bakteria yang terkumpul pada bibir.
Pisau Cukur
Umum tahu yang pisau cukur boleh menyebarkan pelbagai penyakit. Biarpun sudah dibilas dengan air, bilah pencukur masih boleh mempunyai bakteria yang dek dari sebab darah atau cecair yang melekat. Pabila anda berkongsi bila pencukur, anda akan berisiko dan terdedah pada penyakit staph dan hepatitis.
Berus Solekan
Rasanya item kecantikan ini yang paling kita kerap berkongsi dengan orang lain. Tidak kira ahli keluarga atau teman, sedangkan banyak bakteria yang terkumpul di dalam berus solekan. Senang kata, kalau sahabat anda mempunyai masalah kulit berjerawat, kebarangkalian anda akan mempunyai masalah yang sama juga tinggi.
Item Kecantikan Di Dalam Balang Bertutup
Sebagai contoh krim wajah yang anda perlu menggunakan jari. Pabila beberapa tangan yang menyelup masa ke dalam bekas krim tersebut, sekaligus ia akan menyebarkan bakteria ke dalamnya. Kalau boleh, elak dari kongsi item sebegini dan sebelum menggunakannya, pastikan jari anda sudah dicuci dengan bersih.
Sumber : Cosmopolitan.my
The post Jangan Kongsi! Item Kecantikan Tidak Boleh Dikongsi Dengan Rakan appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment