Gaya Artis Lelaki Tinggi Korea Ketika Berbual

Oleh : Farhana Fuad

 

Tubuh terlalu tinggi juga ada kurangnya.  Antara masalah yang sering dialami orang yang bertubuh tinggi ialah ketika mereka berkomunikasi dengan orang yang jauh lebih rendah darinya.

 

Tetapi artis lelaki Korea yang bertubuh tinggi seperti Lee Min-ho, Lee Kwang-soo dan ramai lagi buktikan yang mereka boleh berhadapan situasi ini dengan gaya tersendiri.

 

Mereka gelarkannya sebagai ‘manner legs‘ yang mana membawa maksud seseorang yang bertubuh tinggi menggunakan ruang atau satu posisi yang menyamai ketinggian seseorang yang lebih rendah dari dirinya kala berinteraksi.

 

EH! senaraikan gaya manner legs artis lelaki Korea popular yang agak mencuit hati melihatnya.

 

Jung Il-Woo

 

jung-ii-woo

Gambar : Sumber Google

 

Tinggi Jung Il Woo (183cm) nyata terserlah apabila dirinya melakukan gaya ‘manner legs’ ketika sesi penggambaran siri TV 49 Days.

 

Lee Min-ho

 

00797da3-73fd-42d2-9a9b-ca0448c280ee-1419921586576

Gambar : www.dramafever.com

 

Tubuh lampai Lee Min-ho (187cm) membuatkan dirinya sering melakukan pose kangkang sebegini kala berhadapan dengan orang disekelilingnya yang jauh lebih rendah.

 

Ok Taecyeon  

 

taecyeon

Gambar : taecgui.blogspot.com

 

Taecyeon (185cm) sanggup melakukan aksi ‘manner legs‘ di tempat awam demi keselesaan mereka yang lebih rendah dari dirinya.

 

Yoon Doo-joon 

 

yoog-do-joon

Gambar : www.bntnews.co.u

 

Aktor yang hadir dengan pakej kacak dan tinggi  (180cm) ini sanggup merendahkan tubuhnya seakan sama dengan ketinggian jurusoleknya kala di set penggambaran drama tv yang berjudul ‘Let’s Eat 2’.

 

Lee Jae-joon 

 

lee-jae-joon

Gambar : ljj7.tumblr.com

 

Ketika dia sedang bersiap untuk penggambaran, Lee Jae-joon (188cm) telah melakukan aksi ‘manner legs’ demi menyamai ketinggian jurusolek serta pendandan rambutnya.

 

Lee Kwang-soo

 

lee-kwang-soo

Gambar : www.dramafever.com

 

Tidak terkejut dirinya diberi gelaran ‘zirafah’ dek kerana ketinggiannya (190cm). Lee Kwang-soo juga terkenal dengan posemanner legs‘ ini.

 

Rain 

 

screen_shot_2014-09-24_at_6-49-00_pm

Gambar : www.dramafever.com

 

Ketika penggambaran My Lovable Girl, Rain (184cm) dirakam dengan pose ini kala berhadapan dengan seorang wanita.

 

Seo In-guk 

 

seo-in-guk

Gambar : www.dramafever.com

 

Aktor bertubuh 180cm ini sanggup merendahkan tubuhnya kala bergambar dengan seorang wanita kala di set penggambaran The Master’s Sun.

 

Chanyeol  

 

chanyeol

Gambar : kkuljaem.blogspot.com

 

Chanyeol yang berketinggian 185cm melakukan gaya manner legs untuk menyamai ketinggian kamera di hadapannya.

 

Lee Jong-suk 

 

lee-jong-suk

Gambar : www.dramafever.com

 

Ketika sesi penggambaran kempen untuk I Hear Your Voice dengan aktor Yoon Sang Hyun, Lee Jong-suk (185cm) dengan sengaja bersandar di dinding dan merendahkan tubuhnya agar dia tidak kelihatan terlalu tinggi dalam gambar tersebut.

The post Gaya Artis Lelaki Tinggi Korea Ketika Berbual appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment