Kalau diikutkan perancangan, Fara Fauzana telah menamatkan zaman bujangnya semalam 17 September seterusnya menamatkan segala persoalan mengenai bila dia akan berkahwin. Namun takdir telah tertulis yang jodoh Fara, 36 dan bekas calon suaminya, Mohamed Hafiz Badiuzzaman tidak panjang.
Terdahulu seperti yang semua sedia maklum, Fara mengumumkan pembatalan perkahwinannya beberapa hari sebelum tarikh yang dirancang atas sebab-sebab peribadi. Pelbagai spekulasi telah timbul antaranya dakwaan mengatakan Hafiz sebenarnya telah berumah tangga. Namun Hafiz akhirnya tampil menjelaskan dia difitnah dan segala tuduhan itu tidak berasas.
Fara terus diburu media dan telah diserbu di sebuah acara bengkel anjuran radio iM4u Sentral di Puchong selepas acara itu berakhir. Fara yang menggunakan pintu belakang dewan untuk menyelinap keluar bagaimanapun menjawab soalan wartawan dengan berhemah.
Dia menjelaskan semuanya telah tertulis dan tetap mengunci mulut mengenai punca pembatalan majlis persandingannya. Menerusi Instagram, Fara semalam memuatnaik foto sijil haji yang dijangka akan tertunai tahun hadapan.
“Ikut tarikh ikut hati ikut sijil dah tiba masanya tapi setiap apa yg kita rancang hanya Allah yang tahu apa yg terbaik untuk kita. Doakan agar Allah izinkan FF utk menjadi tetamu ditahun hadapan agar melengkapi rukun Islam kita,”
nota: ramai yg berkata ramai yg bertanya tp siapa la saya untuk menahan semua cuma mohon jgn salahkan sesiapa kerana percaya setiap kata itu juga adalah doa yg terbaik bukan sahaja untuk saya tapi semua. FF ucapkan terima kasih semua for making me a stronger person today. may Allah guide us all. love.
Foto tersebut menerima ratusan komen yang mendoakan agar Fara lebih tabah dan kuat menghadapi dugaan. Fara selepas pengumuman pembatalan perkahwinan itu dilihat masih terus bekerja seperti biasa dan tetap memuat naik foto di Instagram.
Foto: http://ift.tt/2bN7Con
The post Fara Fauzana Cuba Lupakan Kisah Pahit appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment