Fara Fauzana Anggap Semua Yang Terjadi Adalah Ketentuan Allah

 

4

Gambar : Screen grab dari video BH Online

 

Fara Fauzana enggan mengulas lanjut akan pembatalan perkahwinannya dan menganggap semua ini adalah ketentuan Allah.

 

“Semuanya ketentuan Allah,” itulah kata Fara Fauzana saat sekumpulan wartawan yang cuba mendapatkan kenyataan rasmi darinya berkenaan pembatalan perkahwinannya. Dalam satu video yang dimuat naik di akaun YouTube Berita Harian Online  dengan tajuk ‘Semuanya Ketentuan Allah – Fara Fauzana’ hari ini, Fara dilihat tenang menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

 

Menerusi video berdurasi 2 minit 16 saat itu, Fara enggan mengulas lanjut akan komen daripada Hafiz dan menyatakan semuanya sudah dimaklumkan dalam kenyataan akhbar yang diberikannya Ahad lalu.

 

“Saya dah cakap semua dekat statement press release yang Fara bagi Ahad lepas.”

 

“Kita anggap saja semua ini ketentuan Allah,” jelasnya. Tambah Fara lagi, semua spekulasi yang timbul adalah di luar kawalannya. Sebelum masuk ke dalam kereta Fara sempat mengucapkan terima kasih atas semua sokongan yang diberikan kepadanya.

 

The post Fara Fauzana Anggap Semua Yang Terjadi Adalah Ketentuan Allah appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment