Fahrin Ahmad Sambut Hari Jadi Isteri Dan Kelahiran Anak Serentak

Pelakon Fahrin Ahmad bukan sahaja menyambut hari jadi isterinya, Elena Eleas yang ke -39, malah turut menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

Fahrin Ahmad dapat anak

In Labour Room already!!! Happy Birthday to my beloved beautiful wife (kira ok la cake kecik takdak lilin tuu.. dari takda 😅) and mum-soon-to-be 💖@elenaeleas …. You can do it!!! Muah!! *** ini bukan cobaan… ini betul2… Mohon semua doa yang baik2 dan terbaik.. tq semua!!

Bayi lelaki berkenaan dilahirkan di KPJ Damansara secara normal petang semalam. Menerusi Instagram Fahrin, dia berkongsi gambar mendukung bayi lelakinya dan berkongsi rasa bersyukur dan gembiranya di atas kelahiran anak sulung mereka.

Fahrin Ahmad dapat anak

Foto di Instagram Fahrin yang sedang mendukung anaknya: “1.30 pagi….. 😩 😵Tidurlah wahai anaknda.. menyusu sudah… diletak anaknda menangis.. bonda sedang tidur keletihan berjuang bersalinkan anaknda siang tadi.. Di pangkuan ayahnda dikau tenang.. mata ayahnda lah yang rabak namun rela demi kasih sayang dunia akhirat.. 😊😄 haha….

Menariknya isteri Fahrin, Elena dan anak mereka berkongsi tarikh lahir iaitu 29 September. Menurut Fahrin gurauannya untuk menghadiahkan isterinya anak pada sambutan hari jadi wanita itu menjadi kenyataan. Bayinya dilahirkan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi dengan berat 2.7 kilogram.

Fahrin turut berkongsi pengalamannya menemani isteri ketika saat kelahiran sehinggalah bersalin. Malah dia turut berpeluang memotong tali pusat dan pengalaman menazankan anaknya disifatkan paling berharga dalam hidup. Bagaimanapun Fahrin dan isteri masih belum memberi nama kepada bayi mereka.

 

The post Fahrin Ahmad Sambut Hari Jadi Isteri Dan Kelahiran Anak Serentak appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment