Bekas pembaca berita RTM, Norashikin Abd Rahman kini bergelar Datin Paduka Seri Norashikin Abd Rahman selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Konsort (isteri) baginda, sebagai Tengku Permaisuri Selangor, berkuat kuasa Khamis lalu.
Foto: BH Online
Pelantikan itu menjadikan Norashikin kini memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, dalam satu kenyataan pagi Jumaat, berkata selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada 8 September lalu, baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Norashikin.
Terdahulu Sultan Selangor telah melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Permaisuri Norashikin di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin dinikahkan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Ia adalah perkahwinan ketiga Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda mempunyai dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
The post Datin Paduka Seri Norashikin Kini Bergelar Tengku Permaisuri Selangor appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment