Bercukur! Lima Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Oleh : Khairul Abidin

Gambar : Shutterstock

 

shutterstock_241694791

 

Sama ada mencukur bahagian bawah lengan, kaki atau mana-mana saja bahagian, ada beberapa perkara yang perlu diteliti. EH! bariskan enam perkara yang mungkin anda tidak sedar atau tidak tahu tentang bercukur.

 

1. Cukurlah beberapa minit selepas mandi

Basahkan tubuh dengan air suam dalam beberapa minit. Maknanya anda disarakan mandi terlebih dahulu sebelum bercukur. Bulu-bulu berada pada paras fleksibel (lebih lembut) setelah ia basah, jadi pisau cukur lebih mudah meluncur dan lebih ‘rapat’ dengan kulit.

 

2. Pengganti krim cukur

Seeloknya gunakan krim khusus untuk bercukur tetapi andai tiada, anda boleh gantikan dengan perapi rambut atau pencuci badan (shower cream). Pabila kulit dialas dengan sesuatu yang licin, cukuran lebih lancar.

 

3. Pencukur pakai buang, cukup guna dua kali saja

Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, maksimum pakai dua kali sahaja. Seeloknya laburkan wang membeli pencukur dengan mata pisau yang boleh ditukar ganti, kualitinya tahan lebih lama. Anda akan tahu mata pisau sudah tumpul pabila anda terpaksa menekan pisau cukur bila bercukur. Cara menyimpan pisau cukur, dongakkan mata pisau ke atas, bukannya ke bawah.

 

4. Bilas pisau selepas setiap strok cukuran

Contohi bagaimana lelaki bercukur. Cuci pencukur setiap kali pusingan bercukur (setiap strok). Mengapa? Jika anda tidak membilas mata pisau pada setiap strok, anda akan menyumbat celah mata pisau dengan krim cukur dan sisa kulit mati. Euww!

 

5. Jika bercuti di pantai, bercukurlah di malam hari

Bercukur menyebabkan adakalanya menyebabkan iritasi, jadi seeloknya bercukurlah pada malam hari sebelum anda ke pantai keesokan hari. Tindakan bercukur sejam dua sebelum ke pantai tak ubah seperti mencurah garam ke atas luka. Ouch!

 

6. Perhatikan Kondisi Kulit

Sebelum bercukur teliti permukaan atau kondisi kulit. Elakkan mencukur bahagian yang mempunyai masalah ruam atau berjerawat. Pisau cukur akan memindahkan kondisi kulit ke bahagian kulit yang lain.

The post Bercukur! Lima Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment