Artis Lelaki Korea Paling Tinggi

Oleh : Farhana Fuad

Gambar : Sumber Google

 

Siapa dia selebriti lelaki Korea yang paling kacak dan bertubuh tinggi lampai? Boleh kata ramai gadis-gadis di Korea dan negara Asia lain terutamanya sukakan selebriti lelaki dari negara yang dikenali dengan budaya k-pop ini. 

 

Selebriti-selebriti ini bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah juga hadir pakej dengan wajah yang kacak dan menawan hati ramai gadis di luar sana. Jadi, EH! bariskan 10 orang selebriti Korea paling kacak dan bertubuh tinggi pujaan ramai.

 

Lee Jong-suk (186cm)

 

lee-jong-suk

Aktor utama siri tv yang berjudul ‘W’ ini dikatakan mempunyai tubuh yang tinggi sekali pakej dengan wajah yang kacak menawan.

 

Park Min Woo (188cm)

 

park-min-woo

Pelakon kacak drama bersiri Flower Boy Ramen Shop ini punya ketinggian 6 kaki.

 

Lee Minho (187cm)

 

lee-minho

Aktor kegilaan ramai gadis ini sememangnya menjadi pujaan dek kerana tubuhnya yang segak serta raut wajah yang tampan.

 

Lee Soo Hyuk (184cm)

 

lee-soo-hyuk1

Lee Soo Hyuk mempunyai ketinggian seorang model. Jadi tidak hairanlah yang dirinya memulakan kerjaya sebagai seorang model pentas peragaan.

 

Lee Kwang Soo (190cm)

 

lee-kwang-soo

Sebut sahaja nama Lee Kwang Soo, pastinya peminat-peminatnya tidak senang duduk terutama sekali wanita. Aktor dan pelawak ini terkenal dengan wataknya menerusi program Running Man.

 

Choi Siwon (183cm)

 

choi-siwon

Siapa yang tidak kenal dengan Choi Siwon yang menjadi pujaan ramai wanita tidak kira dari Korea mahupun negara lain.

 

Chanyeol (185cm)

 

large-480x624

Penyanyi dan aktor dari Korea Selatan ini juga punya bakat dalam rap dan sekaligus menjadikan dirinya satu-satu rapper dalam kumpulan EXO.

 

Kim Woobin (188cm)

 

kim-woobin

Kim Woo Bin merupakan seorang model pada mulanya dan kemudian berganjak ke dunia lakonan.

 

T.O.P Big Bang (182cm)

 

top-bigbang

T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung-hyun adalah seorang rapper untuk kumpulan Big Bang. T.O.P dikatakan bakal menyertai kursus khidmat negara selama 2 tahun.

 

Lee Dong Wook (184cm)

 

lee-dong-wook

Dikatakan yang Lee Dong Wook kini sudah menyertai Gong Yoo dalam sebuah drama tv yang berjudul Goblin sebagai antara pelakon utama drama tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

The post Artis Lelaki Korea Paling Tinggi appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment