Anuar Zain Alami Pelbagai Emosi Sebelum Lancarkan Album Terbaru

Penyanyi lelaki kegilaan ramai wanita, Anuar Zain baru sahaja melancarkan album terbarunya berjudul ‘Anuar Zain’ dan mempertaruhkan lagu ‘Andainya Takdir’ sebagai sinlge pertamanya.

anuar zain andainya takdir

 

Anuar, 46, sememangnya dikenali sebagai artis yang mementingkan kualiti lagu dan dia mengambil masa lima tahun untuk menyiapkan album tersebut. Menurut Anuar dia melalui pelbagai pengalaman dan perasaan yang berbagai sepanjang proses menyiapkan album tersebut. “Alhamdulillah, lima tahun tempoh album ini disiapkan. Ada gembira, sedih dan kenangan ekstrem sepanjang proses itu,” ujarnya.

Dalam pada itu Anuar yang sebelum ini pernah menulis lirik lagu berkongsi cerita dimana lirik lagu ‘Selamat Malam’ ditulis olehnya sendiri. Selain pelancaran album, Anuar turut melancarkan muzik video single ‘Andainya Takdir’ dalam majlis tersebut. Menariknya, muzik video ‘Andainya Takdir’ menampilkan pelakon popular Sharifah Sakinah dan adik Puteri Balqis.

Sementara itu, Anuar turut menyanyikan semula lagu popular dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu ‘Hujan’. Menurut Anuar lagu itu dipilih sebagai tanda penghargaan kepada komposer yang telah menaikkan namanya di waktu kanak-kanak, Allahyarham Syed Haron Ahmad. Komposer tersebut adalah pencipta lagu ‘Kain Pelikat’ nyanyian Anuar Zain dan Ellina.

Selain ‘Andainya Takdir’ dan ‘Hujan’, album berjudul Anuar Zain itu turut memuatkan lagu ‘Kembali’, ‘Karena Aku Cinta’, ‘Belahan Hati’, ‘Kembali Padamu Ilahi’, ‘Selamat Malam’ dan ‘Cinta Takkan Berakhir’. Album Anuar Zain akan dipasarkan awal Oktober depan di pasaran selain ia boleh didapati menerusi atas talian di laman web, www.lazada.com.

Foto: http://ift.tt/2cpQf8p

The post Anuar Zain Alami Pelbagai Emosi Sebelum Lancarkan Album Terbaru appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment