Angelina Jolie Fail Cerai Dengan Brad Pitt Lepas Dua Tahun Kahwin

Oleh : Farhana Fuad

Gambar : TPGimages

 

Angelina Jolie and Brad Pitt attend the 2015 WSJ. Magazine Innovator Awards at Museum of Modern Art on November 4, 2015 in New York City.

 

Angelina Jolie memfailkan penceraian dengan Brad Pitt setelah hanya dua tahun berkahwin atas sebab tiada lagi persefahaman antara satu sama lain dan pada masa yang sama Jolie mahukan hak penjagaan penuh ke atas enam orang anak mereka.

 

brad-pitt-angelina-jolie-wedding-photo

 

Menurut laporan media, pasangan popular ini telah pun hidup berasingan sejak beberapa bulan lalu. Jolie menumpukan pada kerja-kerja kemanusiaan, manakala Brad pula sibuk dengan projek terbarunya iaitu dengan membuka sebuah resort di Croatia.

 

Dokumen mahkamah yang mengandungi pemfailan cerai Jolie dan Brad dikatakan ditulis pada 15 September lepas. Jolie memilih peguam yang menguruskan proses penceraian antara Johnny Depp dan Laura Wasser sebelum ini untuk mengendalikan kes penceraiannya.

 

Sumber terdekat Brad memaklumkan “Angelina tidak gembira dengan perkahwinannya dan mahukan penceraian. Sebenarnya sudah agak lama khabar angin tentang keretakan rumah tangga mereka, tetapi kali ini hubungan pasangan ini nyata berada di tahap kritikal dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian. Mereka selalu berhadapan dengan rentetan pertengkaran yang tiada penghujungnya berkaitan dengan masa depan mereka dan anak-anak. Akhirnya mereka langsung tidak mencapai persetujuan akan bagaimana caranya untuk membesarkan anak-anak mereka.”

 

USA. Brad Pitt and Angelina Jolie on the set of the ©Universal Pictures new film: By the Sea (2015). Plot: Set in France during the mid-1970s, Vanessa, a former dancer, and her husband Roland, an American writer, travel the country together. They seem to be growing apart, but when they linger in one quiet, seaside town they begin to draw close to some of its more vibrant inhabitants, such as a local bar keeper and a hotel owner. Ref:LMK106-58453-050116 Supplied by LMKMEDIA. Editorial Only. Landmark Media is not the copyright owner of these Film or TV stills but provides a service only for recognised Media outlets. pictures@lmkmedia.com

Antara babak filem By The Sea.

 

Ada juga mengatakan bahawa filem arahan dan lakonan pasangan ini yang bertajuk By The Sea yang menceritakan tentang pasangan yang tidak bahagia menjadi faktor utama keretakan rumah tangga Jolie dan Brad.

 

USA. Brad Pitt and Angelina Jolie on the set of the ©Universal Pictures new film: By the Sea (2015). Plot: Set in France during the mid-1970s, Vanessa, a former dancer, and her husband Roland, an American writer, travel the country together. They seem to be growing apart, but when they linger in one quiet, seaside town they begin to draw close to some of its more vibrant inhabitants, such as a local bar keeper and a hotel owner. Ref:LMK106-58453-050116 Supplied by LMKMEDIA. Editorial Only. Landmark Media is not the copyright owner of these Film or TV stills but provides a service only for recognised Media outlets. pictures@lmkmedia.com

Jolie bersama Brad ketika berada di set penggambaran filem arahan dan lakonan mereka, By The Sea.

 

Pasangan ini juga dikatakan tidak kelihatan bersama ketika tayangan perdana filem tersebut pada November tahun lalu.

 

USA. Brad Pitt and Angelina Jolie in the ©Universal Pictures new film: By the Sea (2015). Plot: Set in France during the mid-1970s, Vanessa, a former dancer, and her husband Roland, an American writer, travel the country together. They seem to be growing apart, but when they linger in one quiet, seaside town they begin to draw close to some of its more vibrant inhabitants, such as a local bar keeper and a hotel owner. Ref:LMK106-58453-050116 Supplied by LMKMEDIA. Editorial Only. Landmark Media is not the copyright owner of these Film or TV stills but provides a service only for recognised Media outlets. pictures@lmkmedia.com

Salah satu babak konflik di dalam filem By The Sea.

 

Sebelum ini, Angelina sendiri pernah mengaku yang proses perfileman filem tersebut agak sukar dan menyebabkan pasangan ini mula bimbang akan perhubungan mereka.

 

“Brad dan saya sememangnya mempunyai isu, tetapi jika watak dalam filem tersebut terlalu dekat dengan permasalahan kami sudah tentu filem tersebut tidak akan menjadi. Kami juga lalui pertengkaran dan masalah sama seperti pasangan lain. Kami juga pernah lalui waktu-waktu sukar sehingga perlukan ruang antara satu sama lain, tetapi permasalahan yang tergambar di dalam filem tersebut bukanlah masalah sebenar kami,” jelas Angelina sebelum ini.

 

Tambahnya lagi, “Brad tidak pernah tahu keadaan saya setelah dia meninggalkan saya selepas kami bergaduh.”

 

Sejak bulan Julai lalu, Jolie dan Brad tidak lagi kelihatan bersama kala berada di tempat awam.

 

 

 

 

 

The post Angelina Jolie Fail Cerai Dengan Brad Pitt Lepas Dua Tahun Kahwin appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment