Amyra Rosli Elak Bertembung Dengan Izreen Azminda?

Pelakon Amyra Rosli, tunang kepada pelakon Amar Baharin dilaporkan mengelak untuk bertembung dengan aktres Izreen Azminda. Perkara itu diakui sendiri oleh Izreen walaupun mereka sebenarnya tidak ada masalah.

amyra rosli amar baharin

Foto: http://ift.tt/2cy1kYr

Menerusi BH Online, Izreen yang juga bekas kekasih Amar mengakui dia enggan digandingkan dalam sebarang drama atau filem bersama Amar. Namun kisah lama itu mungkin turut terkesan buat Amyra yang kini telah bertunang dengan Amar.

izreen azminda

Foto: http://ift.tt/2d1Y6Ke

Bagaimanapun Izreen berkata dia tidak mempunyai sebarang isu dengan Amyra apatah lagi kisah cinta antara dia dan Amar telah lama berlalu. Amyra sehingga kini belum lagi memberikan sebarang kenyataan mengenai dakwaan Izreen yang dia dilihat cuba mengelak jika bertembung dengan bekas kekasih Amar itu.

Terdahulu, Izreen pernah menimbulkan kontroversi apabila tindakannya mengkritik lakonan Amar secara terbuka. Izreen berpendapat, lakonan Amara sangat mendatar dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang dipentaskan di Istana BudayaOktober tahun lalu. Tindakan Izreen dikatakan berkait rapat dengan unsur peribadi apatah lagi ketika itu mereka dikatakan baru sahaja putus cinta.

amyra rosli amar baharin

Foto: http://ift.tt/2cy1kYr

Dalam pada itu, Amar dan Amyra sebelum ini merahsiakan hubungan cinta kepada umum walaupun dilihat seringkali keluar bersama. Namun mereka akhirnya mendedahkan hubungan cinta dalam satu sidang media ketika mengumumkan tarikh pernikahan mereka.

Amyra, 26, dan Amar, 31,  bakal mendirikan rumah tangga pada 11 November depan dan telah mengikat tali pertunangan dalm sebuah majlis tertutup pada 22 Julai lalu. Majlis resepsi akan diadakan pada 12 November bagi sebelah Amar manakala 19 November bagi sebelah Amyra.

 

 

The post Amyra Rosli Elak Bertembung Dengan Izreen Azminda? appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment